Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

SPHM: Boleh Semak Portal...

KUALA LUMPUR - Senarai penuh 318 pengimport daging berlesen yang mempunyai Sijil Pengesahan...

Nazri Sedia Disiasat Kerana...

PETALING JAYA - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz bersedia disiasat...

Pelan Pemulihan Negara Demi...

KUALA LUMPUR - Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan selepas mengambil kira pertimbangan bagi memastikan...

Kisah Orang Asli Teruja...

BIARPUN kedinginan awal pagi di Cameron Highlands cengkam tulang, kelihatan beberapa penduduk gigih...

PKR Tak Tolak Kemungkinan Kerjasama Dengan PAS-Ikatan

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan blok politik ketiga, gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kesamaan dalam perjuangan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata fokus parti itu ialah untuk kepentingan negara dan rakyat.

“Kalau mereka ada kesamaan, itu boleh bentuk kerjasama tapi satu (kerjasama) formal itu saya kira mesti dibincang dulu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas kemungkinan PKR mengadakan kerjasama dengan blok baharu pembangkang.

Ditanya kemungkinan gabungan PAS-Ikatan akan ‘menyerang’ Pakatan Harapan, Wan Azizah berkata: “Kita tunggu dan lihat.”


Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Ikatan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori