Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengusaha Tanaman Makanan Digalak...

SANDAKAN - Pengusaha tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran di negeri ini digalakkan...

Banduan Larikan Diri Diberkas...

TAWAU - Banduan kes rogol yang melarikan diri ketika hendak dibawa ke Penjara...

Gambar: Sekitar Majlis Akikah...

HARI ini telah berlangsungnya majlis akikah dan doa kesyukuran buat Khaulah Al Azwar yang merupakan...

Jangan Leka, Subvarian Baharu...

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak...

PMSP Buat Laporan Polis Terhadap Dokumentari Four Corners

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Datuk Seri Ramesh Rao Krishnan Naidu hari ini membuat laporan polis susulan dakwaaan fitnah dan menghasut disiarkan dokumentari ‘Four Courners‘ terbitan sebuah stesen penyiaran dari Australia.

Beliau menfailkan laporan terhadap stesen televisyen Australian Broadcasting Corporation (ABC) atas dakwaan memperlekehkan serta memfitnah sistem undang-undang negara selain ada agenda memburukkan Malaysia di mata dunia, ketika hadir di ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini hari ini.

“Saya ada buat semakan terhadap artikel yang diterbitkan portal Malaysia-Chronicle.com, bertajuk ‘Aussie Tv Exposes Najib’s Dirty Secret: Dr. M Reveals He Spoke To Sirul On Phone’ dan ‘Shocking Caberra Caught in Najib-Altantuya Connivance: Why Should Sirul Record A Video Clearing Najib In 2014.

“Ekoran itu pihak kami telah buat semakan melalui laman YouTube bertajuk ’60 Minutes Australia: Dirty Secret’ – Four Courners terbitan ABC, ianya berupa video dokumentari berdurasi selama 12.20 minit.

ramesh
NGO PMSP bersama laporan poslis terhadap dokumentari Four Courners terbitan ABC Australia.

“Semakan ke atas fakta yang diterbitkan mendapati sebanyak 13 kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap dokumentari, Ros Coulthart; bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas pegawai Jabatan Peguam Negara, Cynthia Gabriel adalah tidak benar serta disyaki mengandungi unsur-unsur fitnah.

“Perkara utama dilihat daripada dokumentari berkenaan adalah untuk menjatuhkan nama baik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak serta semua badan-badan kerajaan yang berkaitan, di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, Ianya juga dilihat bertujuan menjatuhkan maruah negara Malaysia,” ujarnya.

Selain itu, sebuah lagi dokumentari yang diterbitkan oleh pihak yang sama turut dilaporkan iaitu dokumentari bertajuk ‘State of Fear: Murder and Money in Malaysia’, yang berdurasi selama 44 minit.


“Pihak kami telah membuat pemeriksaan ke atas video dokumentasi tersebut dan mendapati terdapat beberapa maklumat yang disebarkan juga tidak benar dan mempunyai unsur sabotaj,” tegas beliau.

Tambah Ramesh, pihaknya menyarankan agar pihak polis menjalankan siasatan segera berpandukan fakta yang terkandung dalam kedua-dua video dokumentari terbitan stesen ABC tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori