Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pos Laju Diiktiraf Terbaik...

KUALA LUMPUR – PosLaju memenangi Anugerah Kecemerlangan Malaysia Frost & Sullivan 2015 bagi...

Laporan Senat: Penderaan CIA...

WASHINGTON - Laporan Senat Amerika Syarikat mendedahkan penderaan yang dilakukan Biro Penyiasatan Pusat...

Anggota Bomba Pujuk Dua...

CHANGLUN (Kedah) - Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu menurunkan dua beradik lelaki...

Salma Yakin Azri Tak...

MINGGU lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9,...

Polis Halang NGO Bakar Papan Tanda ‘Bebaskan Anwar’

SABAK BERNAM – Hasrat Presiden Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus membakar papan tanda ‘Bebaskan Anwar’ di sini tidak tercapai apabila dihalang anggota polis.

Berikutan itu, Jamal berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung pemasangan papan iklan berkenaan yang didakwanya jelas menghasut rakyat untuk tidak mempercayai sistem kehakiman negara.

“Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan tahanan politik, dia dijatuhkan hukuman kerana meliwat pembantunya,” katanya kepada pemberita di Simpang Tiga, Jalan Loji, Sungai Besar di sini, hari ini.

Anwar yang juga bekas ketua pembangkang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya pada 2008.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata papan iklan berkenaan juga tidak mempunyai sebarang nombor kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).


Sementara itu, mengulas isu bapa kandung kepada anak angkatnya yang ditahan pihak berkuasa Indonesia, Jamal berkata pihaknya sedang menunggu dokumen dan maklumat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin untuk mengetahui kedudukan terakhir nelayan itu sebelum ditahan pada 3 Mac lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori