Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

LHDN Akan Gempur Lebih...

GEORGETOWN - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melakukan lawatan, audit dan siasatan...

Pelumba F1 Bandingkan Diri...

PELUMBA F1, Max Verstappen, telah membandingkan gaya pemanduan kasarnya dengan corak serangan yang...

Tidak Ada Parti PH...

KUALA NERUS - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini tidak...

JKDM Rampas 113,000kg Mercun...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 113,000 kilogram pelbagai jenis...

Polis Masih Siasat Motif Kes Tembak Di Sepang

SHAH ALAM – Polis Selangor masih menyiasat motif sebenar kes seorang pengawal peribadi ditembak dua lelaki, berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata siasatan motif kejadian itu merangkumi pelbagai aspek dan pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan.

Disangka Ahli Perniagaan, Pengawal Peribadi Parah Ditembak

“Mangsa juga tidak dapat memberi sebarang maklumat kerana masih dirawat selain berada dalam keadaan terkejut akibat kejadian malam tadi.

“Kita perlu memastikan keadaan mangsa betul-betul stabil dan selamat, baru kita akan mengambil keterangan lanjut daripada mangsa,” katanya.

Dalam kejadian 8.45 malam itu, pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Chaterfield.


Jurucakap polis berkata pengawal peribadi berkenaan yang memandu kereta jenis Mercedes Benz, didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan, dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori