Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jepun Beli 100 Lagi...

JEPUN akan menempah sebanyak 100 buah jet pejuang generasi baharu F-35 daripada Amerika...

Malaysia Airlines Nafi Tawar...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines menyatakan bahawa pihaknya tidak menawarkan sebarang proses tender...

Ucapan Perasmian Hadi Dinanti

KUALA TERENGGANU - Pagi ini, Datuk Seri Hadi Awang bakal menyampaikan ucapan dasar...

Projek Amal Bagi Makan...

GEORGETOWN - Menjadikan bulan Ramadan sebagai platform untuk menggalakkan masyarakat melakukan amal jariah,...

Polis Perancis Nasihat Ibu Bapa Jangan Muat Naik Gambar Anak

FACEBOOK ialah salah sebuah laman media sosial yang amat popular digunakan oleh segelintir ibu bapa untuk berkongsi gambar anak mereka.

Ibu bapa sering menukar gambar profil Facebook dengan meletakkan gambar anak mereka sehingga ada antara kawan di Facebook tidak dapat mengenal siapa anda sebenarnya.

Ada juga yang memuat naik gambar atas tujuan untuk dilihat oleh ahli keluarga yang berada di tempat yang jauh.

Ia adalah niat yang baik pada awalnya tetapi boleh bertukar menjadi sesuatu yang keji jika ianya jatuh ke tangan orang yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab.

Gambar profil Facebook boleh dicuri dan digunakan tanpa kebenaran untuk tujuan yang salah. Perkara ini telah berlaku kepada anak seorang artis tanah air beberapa tahun lalu.

Seorang lagi artis komedi juga naik berang apabila gambar anak lelakinya ditemui menerusi sebuah laman pedofilia atau penagih seks kanak-kanak.


Di Perancis, pihak polis menasihatkan ibu bapa agar tidak memuat naik gambar anak mereka di laman Facebook bagi menghalang foto itu dicuri dan digunakan untuk memuaskan nafsu golongan pedofilia.

Polis malah juga memberitahu ibu bapa bahawa tindakan memuat naik gambar anak di laman sosial boleh menyebabkan mereka disaman kerana tidak mendapat kebenaran pemilik gambar.

Memandangkan anak kecil tidak pernah memberikan kebenaran untuk ibu bapa memuat naik gambar, mereka boleh didenda dan dihukum penjara sehingga setahun. – Mynewshub.cc

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=tx_kPyzGQ5k]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori