Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gemuk Sangat Punca Risiko...

MIAMI - Berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko barah di dalam perut...

Pelajar Syariah Ditemui Mati...

BALING - Seorang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil, Kedah ditemui mati...

Penjawat Awam Ketua Ayahanda...

KLANG - Seorang penjawat awam yang dipercayai ketua kongsi gelap digelar Ayahanda Yie...

Gisele Bundchen, Supermodel Yang...

Kerjaya sebagai supermodel sememangnya mendatangkan pendapatan yang lumayan.Tahukah anda setakat ini, supermodel yang...

Polis Tahan Enam Lelaki Terlibat Pengedaran Dadah

MELAKA – Polis menahan enam lelaki tempatan dalam empat tangkapan berasingan kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar daerah Melaka Tengah dalam tempoh 24 jam bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata dalam serbuan menerusi Op Tapis itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM8,900.

Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 50-an dan merampas 2.4 gram pelbagai dadah jenis heroin, syabu, ganja dan Erimin 5 bernilai kira-kira RM1,400 di Lorong Pandan di sini kira-kira 1 pagi semalam.

“Suspek dipercayai memperoleh bekalan dadah berkenaan dari negeri jiran dan menjualnya di sekitar Malim dan Tengkera,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Tengah ASP Yap Kok Sheng.

Beliau berkata tangkapan kedua melibatkan tiga lelaki berusia 32, 33, dan 34 tahun dan polis merampas sembilan paket dadah dipercayai heroin seberat 58 gram dengan anggaran nilai RM3,000 di sebuah pondok di Jalan Tampoi Krubong di sini kira-kira 11 pagi semalam.

“Dadah berkenaan ditemui ketika polis membuat pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek yang cuba melarikan diri. Kesemua mereka juga didapati positif dadah jenis morfin,” katanya.


Shaikh Abdul Adzis berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka mempunyai 26 rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah.

Beliau berkata tangkapan ketiga pula melibatkan seorang lelaki berusia 40-an di Jalan Tanjung Minyak di sini dan polis turut merampas dua paket plastik dipercayai dadah jenis heroin seberat 22 gram bernilai RM1,500 dalam sebuah beg kecil yang dibawa suspek.

Katanya tangkapan keempat pula melibatkan seorang lelaki berusia 50-an yang menaiki sebuah kereta dan polis merampas sembilan paket heroin seberat 151 gram dalam satu beg hitam bernilai RM3,000 dan wang tunai berjumlah RM1,800, di Jalan Klebang Besar di sini kira-kira 12.30 tengah malam.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori