Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bosan Didesak Beli Kereta,...

JAKARTA - Bak kata pepatah sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah...

Ayda Lancar ‘Bagai Pelangi’...

SEMPENA sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-26, semalam, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat...

Pemimpin PAN Cuba Had...

ALOR SETAR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendedahkan...

Pelajar Kolej Didakwa Beri...

SEPANG - Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir menjadi individu pertama dihadapkan ke...

‘Princess Diaries’ Bakal Bersambung?

MASIH ingat filem ‘Princess Diaries’ lakonan Anne Hathaway? Filem itu khabarnya akan kembali dengan francais ketiga.

Difahamkan Anne yang kini sedang sarat mengandung telah menyatakan persetujuan untuk membintangi filem ketiga itu, demikian menurut pengarahnya Garry Marshall.

“Saya bersama dengan Anne Hathaway beberapa minggu lalu dan nampaknya kita mahu menghasilkan ‘Princess Diaries 3 in Manhattan’.

“Memandangkan Anne sedang mengandung, jadi kita akan tunggu sehingga dia bersalin,’’ kata Garry.

Garry, yang pernah terlibat dengan ‘Pretty Woman’, ‘The Runaway Bride’ dan ‘Valentine’s Day’, juga berharap agar Chris Pine, yang melakonkan watak sebagai kekasih Anne iaitu Lord Nicholas Devereaux, akan kembali.

“Ya, Chris Pine sukakan saya, anda nak tahu kenapa? Sebab bapanya berlakon dalam ‘Mother’s Day’,’’ katanya.


Bapa Chris iaitu Robert Pine berlakon bersama Julia Roberts, Kate Hudson dan Jennifer Aniston dalam filem terbaru, ‘Mother’s Day’.

“Saya kenal bapanya, saya pernah lihat dia berlakon. Chris Pine dan anak saya juga ke sekolah yang sama jadi saya kenal dia ketika kanak-kanak,’’ katanya.

Kali pertama Anne membintangi filem itu adalah kira-kira 15 tahun lalu dengan memegang watak sebagai Mia Thermopolis. Dia dan suami yang juga pengarah Adam Shulman sedang menanti cahaya mata pertama. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori