Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tengku Abdullah Zahir Simpati...

PEKAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan...

Gabung KWSP, PERKESO Undang...

KUALA LUMPUR - Cadangan menggabungkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan...

21 Pusat Pengundian Awal...

MELAKA: Sebanyak 21 daripada 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi Pilihan Raya Negeri...

Jenazah ADUN Slim Selamat...

TANJUNG MALIM - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Allahyarham Datuk Mohd...

PRN Sarawak: PAS Umum Bertanding Di Kawasan Bukan Majoriti Islam

KUALA LUMPUR – PAS mengumumkan parti itu akan tetap bertanding di kawasan-kawasan bukan majoriti orang Islam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Naib Presidennya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan itu diambil sebagai peluang bagi PAS menegaskan parti itu juga untuk orang bukan Islam.

“Terdapat mereka yang berpandangan PAS hanya boleh bertanding di kerusi-kerusi di mana orang Islam melebihi 80 peratus.

“PAS dijangka akan bertanding di kerusi-kerusi DUN di mana orang Islam bukan majoriti,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Pengumuman itu sekali gus menolak dakwaan Pakatan Harapan kononnya PAS akan berkompromi dengan mereka berhubung pengagihan kerusi DUN Sarawak dalam PRN 2016.

Pakatan Harapan pada bulan lalu mendakwa, kerjasama dengan PAS adalah untuk memastikan tiada perebutan kerusi sesama pembangkang.

“Kita akan bertanding di semua kerusi atas nama Pakatan Harapan dan juga kerjasama PAS,”‘kata pemimpin Pakatan Harapan.


DAP sebelum ini pernah juga mengesyorkan supaya PAS cuma bertanding di kawasan majoriti umat Islam.

Ia bagi memberi laluan mudah kepada calon Pakatan Harapan bertanding di kebanyakan kerusi DUN Sarawak.

Malah, parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) turut menegaskan parti itu akan bertanding dalam PRN Sarawak.

Pakatan Harapan dianggotai DAP, PKR dan PAN diwujudkan selepas pembubaran Pakatan Rakyat pada tahun lalu yang bertujuan menyingkirkan PAS dalam gabungan parti pembangkang. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori