Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Antara Klopp-Mourinho, Lebih Baik...

BEKAS pemain Liverpool telah membandingkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dengan bos Manchester United...

Waspada Bahaya Fitnah, Pembohongan...

KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengingatkan rakyat supaya sentiasa...

Pokok Tumbang Jejaskan Laluan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan tren komuter dan ETS KTM Berhad (KTMB) mengalami gangguan...

Madinah Ada Bas Bawa...

ANDA pasti pernah lihat bas dua tingkat yang bawa pelancong di sekitar kawasan...

Projek Landasan Berkembar Gemas-JB Akan Diteruskan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan pusat akan meneruskan Projek landasan berkembar Gemas-Johor Bahru, kata Perdana Menteri.

“Sukacita saya mengesahkan kerajaan pusat akan meneruskan projek ini sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Bajet 2016 baru-baru ini,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada perasmian pembangunan hartanah Forest City di sini pada Ahad.

Projek pembangunan hartanah itu dilancarkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Tahun lepas, kerajaan mengumumkan Malaysia meluluskan projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru (EDTP) itu kepada China Railway.


Landasan itu akan melengkapkan rangkaian landasan berkembar elektrik sehingga ke Padang Besar (Perlis).

Pada masa ini rangkaian kereta api di Malaysia sepanjang 1,641.4 kilometer, dengan 46 peratus membabitkan trek berkembar elektrik.

Penyiapan EDTP Gemas-JB pada 2020 akan meningkatkan rangkaian kereta api elektrik kepada 58 peratus, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori