Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Maut Dipanah Petir...

JOHOR BAHRU - Dua bapa murid maut manakala seorang murid berada dalam keadaan...

Samsung Akan Membawakan Teknologi...

TAHAP peratusan lemak di dalam tubuh seseorang individu boleh menujukan tahap kecergasan mereka.Bagi...

Angah Raja Lawak Nikah...

TAHNIAH diucapkan kepada Angah Raja Lawak dan tunangnya, Ameera Asyura yang bakal bernikah...

Parlimen Belia Bukan Olok-Olok

PETALING JAYA - Kementerian Belia dan Sukan serta Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa...

Radja Tepis Dakwaan Konon Mula Bersikap Diva

KUMPULAN band terkenal dari Indonesia iaitu Radja menyangkal dakwaan mereka bersikap diva dan sering membuat permintaan tidak masuk akal.

Ia susulan ada khabar mendakwa pihak penganjur persembahan di Malaysia konon enggan menjalinkan lagi aa-apa kerjasama dengan mereka.

Vokalisnya iaitu Ian Kasela berkata, Radja tidak pernah bertindak di luar batasan  sebaliknya sentiasa terbuka dalam syarat-syarat dikemukan apabila menerima sebarang tawaran.

Menurut sebuah portal berita ‘online’, kumpulan terbabit menafikan dakwaan bahawa mereka bersifat diva atau ‘demand’ berkaitan syarat dan terma bagi menjayakan konsert atau persembahan yang digariskan pihak Malaysia.

Seandainya mereka bersikap sedemikian, masakkan kumpulan ini mampu bertahan selama 15 tahun dalam industri hiburan, ujar vokalis kumpulan itu kepada portal berita tersebut.

Anggota Radja yang dianggotai oleh Ian Kasela sebagai vokalis, Moldy selaku gitaris, Indra pemain ‘bass’ dan Seno pemain drum, tampil dengan single terbaharu mereka yang berjudul Setia.

Radja 1

Menurut mereka lagi, keinginan untuk mengadakan persembahan di Malaysia terpaksa ditangguh kerana jadual persembahan di Indonesia yang terlalu padat.

Ia juga susulan penarikkan diri oleh dua ahli kumpulannya iaitu Indra dan Seno daripada terus menganggotai kumpulan terbabit.


CaptureB

Pengunduran dua ahli kumpulannya itu bukanlah disebabkan konon berlakunya perselisihan antara mereka tetapi Indra dan Seno ingin mencuba perkara baharu.

“Indra dan Seno keluar daripada Radja pada 2010 tetapi ia bersifat sementara kerana Indra menyambung pengajian di universiti manakala Seno masih dalam bidang muzik tetapi belakang tadbir.

“Bagaimanapun tahun lalu kami kembali bersama sebagai sebuah band dan single terbaharu kami iaitu Setia adalah projek pertama selepas bergabung,” jelasnya kepada portal berita ‘online’ tersebut.

Antara perancangan kumpulan Radja adalah untuk mengadakan satu konsert jelajah dan Kuala Lumpur antara destinasi dalam perancangan tersebut.

Konsert itu bakal diadakan pertengahan tahun ini serta melancarkan album terbaru mereka.- MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=JBYoHTa3mX4]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori