Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Selamba Selak Gaun Untuk...

PENONTON yang sedang menonton rancangan bual bicara bola sepak Mexico telah dikejutkan dengan...

Neelofa Ke Pentas Antarabangsa...

KUALA LUMPUR - Usahawan, pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau...

Tarantula Kereta Perisai Pertama...

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya Malaysia memiliki kereta perisai pertama buatan tempatan,...

Rasuah: 2 Pegawai Kanan...

SHAH ALAM - Dua pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihadapkan ke...

Raja Muda Perlis Hargai Jasa Naib Canselor UniMAP

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memberi penghargaan kepada Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin yang menamatkan perkhidmatan di UniMAP pada 10 Feb lepas.

Baginda menyifatkan Kamarudin sebagai ikon kejuruteraan institusi pengajian tinggi awam negara.

“Selama 14 tahun beliau menghambakan diri kepada UniMAP bukanlah satu tempoh yang singkat. Bermula daripada ‘zero’ beliau berjaya menjadikan UniMAP kini sebagai ‘hero’ melalui pelbagai kejayaan dalam bidang akademik, penyelidikan, kebudayaan, sukan dan sebagainya bukan sahaja di peringkat tempatan malah persada antarabangsa.

“Setelah lebih sedekad UniMAP beroperasi, saya lihat beliau masih tidak jemu menerokai idea baharu yang boleh diketengahkan UniMAP.

“Daripada hanya dua buah program akademik dan penyelidikan awal penubuhan UniMAP, kini berani saya katakan dunia sudah mengenali universiti ini,” titah baginda yang juga Canselor UniMAP pada ‘Majlis Malam Penghargaan: Jasamu Dikenang’ untuk meraikan Kamarudin di sini Rabu malam.


Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke majlis berkenaan.

Sementara itu Kamarudin Hussin, 61, memberitahu pemberita beliau bangga dengan kejayaan UniMAP yang dalam tempoh singkat mampu menawarkan enam program diploma dan 38 program ijazah pertama terutama melibatkan bidang kejuruteraan.

Beliau dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan Tinggi berkuat kuasa 11 Feb lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori