Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Tolak PPBM: DAP-PKR...

UMNO Tolak PPBM: DAP-PKR Yang Untung?

Budak Lelaki 11 Tahun...

KLANG – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tular memandu sebuah...

Terpaksa Diusung Keluar Kerana...

CHINA – Seorang lelaki terpaksa diusir keluar dari hospital dengan bantuan polis selepas dia...

Lesbian Ditangkap Berkucupan Di...

POLIS kini sedang menyiasat dakwaan mengenai sepasang kekasih lesbian yang ditangkap di Hawaii akibat...

Rakyat Thailand Paling Ramai Peluk Islam

KANGAR – Rakyat Thailand merupakan golongan paling ramai memeluk Islam menerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perlis seperti yang didaftarkan setakat akhir tahun lepas.

Pegawai Perkim Perlis, Abd. Rahim Abdullah berkata, seramai 693 rakyat negara jiran itu iaitu 621 wanita dan 72 lelaki didaftarkan pihaknya daripada 1,572 saudara baru.

“Tahun lepas sahaja seramai 20 wanita dan seorang lelaki rakyat Thailand memeluk Islam,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut sejak bila pendaftaran itu dibuat.

Abd. Rahim berkata faktor ramai wanita Thailand memeluk Islam adalah kerana berkahwin dengan lelaki tempatan kebanyakannya di Perlis.


Menurut Abd. Rahim, kaum Cina yang memeluk Islam menduduki tempat kedua iaitu seramai 19 orang diikuti India (empat), Siam Malaysia (dua), seorang bangsa Eropah dan 16 kaum-kaum lain.

Beliau berkata, Perkim Perlis memberi bimbingan asas mengenai Islam khususnya ibadat wajib seperti sembahyang, berpuasa, zakat dan fardu haji kepada saudara baharu itu.

Selain itu, katanya mereka turut dibimbing membaca al-Quran manakala 128 orang diberi bantuan modal tanpa faedah untuk menjalankan perniagaan dan bayaran bulanan dibuat mengikut kemampuan. – BERNAMA

Baca: 1,000 Orang Memeluk Islam Setahun Di Singapura

Juga: 1,000 Memeluk Islam Setiap Tahun Di Malaysia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori