Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Najib Sertai Pemimpin APEC...

BEIJING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri Mesyuarat Pemimpin...

Bayi 5 Bulan Disyaki...

SUNGAI PETANI - Seorang bayi perempuan berusia lima bulan meninggal dunia di Hospital...

Rakan Senegara Dibunuh Kerana...

SHAH ALAM - Seorang lelaki Bangladesh dibunuh dengan kejam oleh rakan senegara semata-mata...

Pejabat Tourism Tutup Tak...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata penutupan...

Remaja Cemerlang STPM Maut, Motosikal Langgar Lori

KUALA KETIL – Seorang remaja yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) maut selepas motosikal yang ditunggangi, melanggar belakang lori di Kampung Kuala Bakong, Jalan Baru Kuala Bakong-Kuala Ketil di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shariffuddin Yusof berkata dalam kejadian pada 2 petang itu, Saiful Abdul Wahab, 20, yang berasal dari Kampung Merbau Pulas l mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan kepala.

Lori yang dipandu Zulkhornain Abdullah, 47, mengalami masalah gear dan ingin ke bahagian kiri jalan sebelum dilanggar Saiful yang tidak menyedari keadaan itu, katanya kepada Bernama hari ini.

Saiful merupakan antara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar yang cemerlang dengan memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.30 pada peperiksaan STPM 2015, yang diumumkan 2 Mac lepas.


Mayat dibawa ke Hospital Daerah Baling untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, kata Shariffuddin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori