Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pesawat Pengawasan Maritim Airbus C295 Tiba Di Malaysia

PETALING JAYA - Pesawat pengawasan maritim canggih Airbus  C295 kini berada di Malaysia, iaitu antara negara persinggahannya dalam jelajah Asia selama...

Penganggur Dipenjara Kerana Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur terpaksa meringkuk di penjara selama tiga bulan 14...

Tudia, Selamba Dukung Anjing...

GEORGE TOWN - Tindakan seorang wanita yang mendukung seekor anjing ketika berada di...

Jutawan India Lunas RM17j...

DUBAI - Seorang ahli perniagaan dari India membelanjakan 15 juta dirham (kira-kira RM17.5...

Remaja Maut Motosikal Bertembung Dalam Nahas Di Kemaman

KEMAMAN – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah motosikal lain dalam kejadian di Kilometer 178.8 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran kawasan Perumahan Rakyat Kampung Jabor, di sini Isnin.

Insiden kira-kira pukul 3.15 petang itu mengakibatkan mangsa, Mohd Rozali Arman, 16, yang menunggang motosikal Yamaha LC135 terbunuh di tempat kejadian selepas bertembung dengan sebuah motosikal Honda EX-5 ketika cuba memotong sebuah treler.

Ketika kejadian mangsa yang berasal dari Kampung Ban Hoe dalam perjalanan dari Bandar Ceneh Baharu menuju ke Kuantan.

Kesan daripada pertembungan itu, Mohd Rozali tercampak beberapa meter di atas jalan dan meninggal dunia selepas itu ekoran cedera parah di kepala dan badan manakala penunggang motosikal lelaki berusia 30 tahun, dari Kampung Air Puteh di sini hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di Hospital yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori