DALAM beberapa kejadian yang berlaku di Singapura, seorang remaja lelaki dianggarkan berumur lingkungan 16 tahun bertindak berani dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang juruwang di sebuah kedai runcit.
Perbuatan tidak senonoh dan tidak bermoral suspek berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu yang terletak di Yishun Street sekitar tiga minggu lalu setelah memasang CCTV baharu.
Ia terpaksa dipasang sebagai bahan bukti kepada pihak polis kerana perbuatan keji itu merupakan kali keempat yang dilakukan remaja berkenaan sendiri.
Menurut seorang sumber di laman Stomp, yang kebetulan merupakan pengunjung tetap kedai tersebut, dia telah mendapat rakaman kejadian daripada tuan kedai itu sendiri yang kemudiannya berkongsi dengan portal Stomp.
Melalui rakaman video tersebut, budak lelaki itu kelihatan merayau-rayau di sekitar kedai terbabit sambil meraba-raba batang kemaluan sehingga zakarnya kelihatan tegang sebelim menghampiri kaunter bayaran.
Suspek secara perlahan-lahan mula melondehkan seluarnya serta mengeluarkan alat kemaluannya itu di hadapan juruwang tersebut.
Tambah sumber itu lagi, satu laporan polis telah dibuat dan beberapa orang polis telah hadir ke premis tersebut untuk menyiasat kejadian itu.
Budak lelaki berkenaan bagaimanapun berjaya ditangkap pada keesokan harinya, kata sumber tersebut. –MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=QkB14ozPKno]