Seorang pemilik restoran yang bosan dengan penampilan pekerjanya, mempunyai kaedah untuk menceriakan restoran itu.
Pada setiap Rabu, semua pelayan lelaki di restoran Union Local 613 perlu memakai gaun dan kasut tumit tinggi sebagai satu cara untuk mengetengahkan diskriminasi terhadap wanita berhubung etika pemakaian dalam industri berkenaan.
Pemilik restoran berkenaan, Ivan Gedz berkata, pihaknya cuba menyampaikan kepada pelanggan bahawa baju ketat, mendedahkan dada dan tumit tinggi tidak sepatutnya menjadi etika pemakaian, tetapi itulah yang terpaksa dipakai oleh kaum wanita ketika bekerja sebagai pelayan.
“Ia bermakna semua pelayan lelaki di sini akan bergerak ke sana sini macam orang bodoh dengan memakai pakaian wanita, sama seperti keadaan di mana wanita-wanita lain dipaksa memakainya di tempat lain,’’ katanya.
Jelasnya, pemakaian berkenaan hanya dilakukan pada setiap Rabu malam antara 10 petang hingga 2 pagi.
Dalam pada itu, pelayan lelaki yang mengenakan tumit tinggi menyifatkan ia sebagai menyakitkan dan mereka tidak selesa untuk bergerak.