Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Chacha Maembong Akui Serius...

PELAKON yang semakin meningkat naik namanya, Chacha Maembong mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan...

Ibu Tergamak Buang Anak...

GARA-gara tidak mahu terlepas penerbangan sambungan, seorang ibu tergamak membuang anaknya di dalam...

Kamu Siapa Fahmi? Jangan...

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris menempelak Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil...

Coretan Terakhir Pengantin Baru...

KEHILANGAN orang yang tersayang bukan mudah untuk dilupakan. Hanya sempat bersama lebih kurang...

Rimas Dikaitkan Dengan Pelakon Lelaki Dan Cinta Lokasi

SELEPAS perkahwinan Izreen dengan jurukamera, Muhammad Riza Baharudin atau Riza hancur. Dia sering dikaitkan dengan pelakon-pelakon lelaki yang seangkatan dengannya.

Kisah Izreen dan cinta lokasi seakan-akan sininom dengan aktres ini. Dia pernah dikatakan bercinta dengan peneraju filem Juvana, Johan As’ari, namun tiada respon dari pihak Johan sendiri.

Selain Johan, dia juga pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Amar Baharin.

Amar Baharin dan Izreen
Amar Baharin dan Izreen
Johan As’ari

Kedua-dua pelakon ini menafikan kisah percintaan mereka yang digembar-gemburkan sekitar hujung tahun lalu. Keintiman peneraju drama Kerana Terpaksa Aku Relakan tidak berpanjangan dan terhenti di tengah jalan.

Terbaru, dramatis janda ini dikaitkan hangat bercinta dengan pendatang baru iaitu Redza Rosli. Namun dinafikan oleh Izreen yang kini bahagia dengan kehidupan sekarang dan status solonya.

Redza Rosli
Redza Rosli

“Redza cuma kenalan saya sahaja. Kami pernah berlakon dalam drama bersiri Kak Mar, tetapi tiada babak pun yang menggandingkan kami bersama.


“Saya sendiri tak tahu macam mana gosip ini boleh timbul. Saya kini bahagia dengan status solo dan gembira dengan kehidupan saya sekarang,” kata Izreen ketika ditemui oleh sebuah portal hiburan.

Menurut dramatis ini kepada portal hiburan itu, dia akui rimas sering dikaitkan dengan cinta lokasi dan pelakon-pelakon lelaki lain dan beranggapan bahawa ramai pihak tidak mengetahui hal yang sebenarnya.

“Saya sering dikatakan menjalin hubungan cinta lokasi. Sejujurnya, saya sendiri rasa tidak selesa dan rimas. Pastinya ada pihak yang tidak tahu mengenai keadaan sebenar dan cerita yang tidak betul pun timbul,” tambahnya kepada portal itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori