Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mudah Percaya Orang Punca...

PELAKON Uqasha Senrose sebelum ini pernah melancarkan koleksi jenama tudungnya sendiri seperti kebanyakan...

Potong Anu: Mahkamah Tetap...

KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini menetapkan 25 April depan...

“Tak Semua Benda Boleh...

KECOH semalam apabila suami pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz memuat naik...

Ucapan Zahid Di Terengganu...

KOTA BHARU : Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan ucapan Timbalan Perdana...

Ritual ‘Raja Bomoh’ Bodoh, Membazir Tembikai – Dr Maza

DR MAZA menerusi satu posting di Facebook beliau hari ini, menegur perbuatan lelaki yang menggelar dirinya  yang menggelar dirinya ‘Raja Bomoh Sedunia’ kerana melakukan ritual yang boleh memberi tafsiran serong kepada penganut agama Islam.

“Kepada non-muslim yang melihat video ini, harap anda tidak mengaitkan perbuatan mereka ini dengan Islam. Di samping ayat-ayat al-Quran yang dibaca secara tidak betul sebutannya, tahayul (superstition) yang seperti ini tidak pernah diiktiraf oleh Islam. Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia. Apatah lagi disertakan dengan pembaziran seperti ini. Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia,” tulis beliau.

raja bomohTeguran dibuat Dr Maza merujuk kepada perbuatan Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin dalam satu video yang tersebar sejak semalam, menunjukkan aksinya melakukan ritual kononnya bagi mengurangkan cuaca panas yang kini melanda negara menggunakan buah tembikai.

Dalam video tersebut Ibrahim ditemani empat pengikutnya termasuk seorang yang memakai kopiah dan berjubah, membaca surah Yasin yang kedengaran tidak betul diikuti doa supaya suhu panas dapat dikurangkan.

Seterusnya Ibrahim yang memakai ‘uniform’ biasanya iaitu kot lengkap bertali leher mengangkat buah tembikai diikuti pengikutnya sebelum mereka menghempaskan buah tersebut ke tanah diiringi laungan “Allahuakbar”.

Dr Maza
Dr Maza menegur perbuatan Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya Raja Bomoh Sedunia menerusi satu posting di Facebook kerana mencemar nama baik Islam apabila melakukan perbuatan bodoh, sia-sia dan membazir.

Ibrahim sebelum ini pernah menjadi sensasi Internet hingga Malaysia diketawakan negara luar kerana video ritualnya mencari pesawat MH370 menggunakan teropong dan buah kelapa di KLIA tersebar.


Selepas kes MH370 Ibrahim turut muncul dengan beberapa ritual lain membabitkan isu yang sedang hangat diperkatakan pada satu-satu masa termasuk ‘menghalau hantu raya’ di luar penjara penjara Sg Buloh ketika Anwar Ibrahim dipenjarakan, mengadakan ritual di kawasan kemalangan bekas ahli Parlimen Bukit Gelugor mendiang Karpal Singh serta menggunakan kuali dan air batu untuk mengurangkan jerebu yang sedang melanda negara, baru-baru ini.

VIDEO: Raja Bomoh ‘Panas’ Apabila Dilabel Sesat & Terpesong

Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) pada tahun lepas telah mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan terhadap Ibrahim Mat Zin apabila pewartaan haram berkaitan amalan songsangnya dibuat berikutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang memutuskan bahawa ajarannya haram dan terpesong daripada ajaran Islam.

VIDEO: Wanita Indonesia Dakwa Didera Mahaguru Ibrahim Mat Zin

Bagaimanapun, Ibrahim dilihat tetap muncul dengan ritual peliknya setiap kali ada isu melanda negara, apa cerita? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori