Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ringgit Jatuh Sebab Menteri...

KUALA LUMPUR - Notis cukai pendapatan yang terlalu banyak dihantar kepada orang ramai...

LHDN Kutip Cukai RM175...

LANGKAWI : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan hasil cukai luar biasa...

Ketua Setiausaha Wakili Diri...

KUALA LUMPUR - “Gaya macam ‘perutusan khas’. Apakah beliau bercakap atas kapisiti individu...

PM Thailand Tiba Di...

Sepang : Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi...

RM89.2j Bayaran Balik Khas GST Dibayar Sehingga 9 Mac 2016

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM89.2 juta telah dibayar kepada 987 buah perniagaan yang memohon untuk bayaran balik khas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga 9 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang diedarkan di persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata daripada 1,303 yang diproses untuk bayaran balik khas tersebut, 235 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan di bawah Seksyen 190 dan 191 Akta GST 2014.

Bayaran balik khas GST kepada perniagaan yang berdaftar di bawah GST adalah bagi mengelakkan percukaian berganda dalam kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan GST.

Malaysia mula melaksanakan GST pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus, menggantikan SST yang kadar keseluruhannya sebanyak 16 peratus. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori