Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tetak Menetak Kerana Isu...

BESUT - Seorang penjaga kebun ditetak di kepala oleh pencuri yang menceroboh kebun...

Saya Ditawar RM1.5 Juta...

KUALA LUMPUR ā€” ā€œSaya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin...

Rico Maut Terkena Bom...

JAKARTA - Ibarat seperti sudah dijemput ajal, begitulah nasib salah seorang mangsa, Rico...

Facebook Bertindak Tegas ‘Haram’...

RASANYA semua orang di Malaysia (kecuali yang tidak pernah langsung mengikuti isu semasa)...

Rumah Mewah, Kebun Jadi Milik Melayu Johor Jika Pakatan Menang?

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) membayangkan setiap rakyat Johor akan memiliki rumah yang indah dan selesa, kebun serta pekerjaan yang hebat jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ia berikutan tindakan Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan yang mengingatkan rakyat Johor terutama kaum Melayu negeri itu bahawa mereka tidak pernah hidup mewah di bawah pentadbiran UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Adakah orang Melayu Johor benar-benar dah hidup mewah di bawah pentadbiran kerajaan BN.

“Adakah semua Melayu Johor memiliki rumah yang indah dan selesa serta kebun dan pekerjaan yang menjamin kehidupan keluarganya tanpa meminta-minta? Kesihan saya melihat anak bangsaku yang tidak dapat menganalisa,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aminolhuda turut mengkritik kaum Melayu Johor kerana tidak sedar diri keluarga mereka paling ramai menjadi penagih dadah, menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tidak mampu memiliki rumah sendiri dan bekerja di kilang-kilang.

Terdahulu beliau menyelar sekumpulan golongan muda Johor kerana mendesak beliau supaya tidak menganggu keharmonian hidup rakyat Johor sewaktu menyampaikan ceramah politiknya di Pasir Gudang.


“Saya mengajak rakyat Johor bangkit buat perubahan. Selagi ‘bangsa Johor’ tidak berubah maka kerajaan BN akan meneruskan penindasan kepada semua rakyat.

“Tanpa diduga bangkit beberapa orang dari penyokong sebuah parti meminta supaya saya tidak menyebut Johor! Jangan kacau Johor! Adakah orang Melayu Johor benar-benar dah hidup mewah di bawah pentadbiran kerajaan UMNO dan BN,” soalnya lagi. -ƃā€šĆ‚Ā MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori