Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bella Bergurau Dengan Aliff,...

INI bukan kisah tentang kes curang atau kantoi karaoke. Tapi ni story perli...

Hoki: Malaysia Longlai Di...

IPOH - Skuad negara gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 1-5 kepada India...

Kapten JDT Harus Dikenakan...

KUALA LUMPUR - Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim perlu dikenakan...

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut...

DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal manakala kakaknya kritikal selepas...

Rumah Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat Dibaling ‘Molotov Cocktail’

KUALA LUMPUR – Rumah seorang daripada Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat di Seksyen 14, Bandar Baru, Bangi dekat sini dibaling dengan tiga bom botol atau ‘molotov cocktail’, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun menyedari kejadian itu semasa keluar daripada rumahnya untuk ke pejabat dan menemui tiga ‘molotov cocktail’ dengan dua daripadanya berada di tempat letak kereta manakala satu lagi di laman rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata dua daripada botol berkenaan telah pecah menyebabkan terdapat kesan kebakaran di lantai tempat letak kereta di rumah mangsa.

“Selain itu, mangsa turut menemui tujuh peluru 9mm yang diletakkan di dalam plastik tidak jauh daripada keretanya.

“Polis juga menemui kesan kain terbakar di luar laman rumah berhampiran pagar rumah mangsa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Ghani berkata keadaan rumah mangsa berkunci sepanjang malam dan tidak mempunyai sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Tiada saksi awam yang menyedari kejadian itu. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.


Katanya, sehingga kini polis tidak menemui kesan cap jari di lokasi kejadian.

Abdul Ghani berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes turut disiasat mengikut Sek 8(a) Akta Senjata 1960 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori