Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perlembagaan Benar Usul Tamat...

KUALA LUMPUR - Usul dicadangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan...

Pesawat Terjunam Ke Dalam...

LUMUT - Sebuah pesawat milik persendirian jenis Piper 32 terjunam ke dalam laut...

Usul Putus Hubungan UMNO-Bersatu...

KUALA LUMPUR - Setelah lebih tiga jam bermesyuarat malam tadi, Majlis Kerja Tertinggi...

JDT Tidak ‘Kebal’, TFC...

MISI menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua di Larkin...

Runding Keperluan Aset Yang Sesuai Di Kawasan ESSZon – Johari

LAHAD DATU – Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) perlu saling berunding atau berbincang bagi menentukan aset yang akan dibeli menepati kesesuaian keperluan anggota keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZON).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum berkata perbincangan seperti itu penting bagi mengelak pembaziran terutama apabila berlaku pembelian aset yang kemudian didapati tidak sesuai digunakan anggota keselamatan ketika melaksanakan tugas masing-masing.

Hari ini saya telah menjinjau beberapa pulau yang menempatkan anggota tentera dan polis untuk mengawal keselamatan. Ada di antaranya yang menyedihkan kerana mereka masih menggunakan khemah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Justeru, Johari menasihatkan agar anggota keselamatan yang bertugas di kawasan pulau agar bersabar kerana kebajikan mereka sentiasa diperhatikan oleh kerajaan.


Sebelum itu, Johari turut melakukan lawatan ke Markas Angkatan Tugas Bersama-2 (ATB-2) di Kem Kukusan Tawau, Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah dan ESSCOM untuk meninjau tahap kesiapsiagaan OP PASIR Sektor Selatan dan Utara.

Sepanjang lawatan itu, beliu telah diberi taklimat khas berkaitan tahap kesiapsiagaan OPS PASIR dan Sistem Pengawasan OPS PASIR di Markas ATB-2. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori