Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat Thailand Antara 2...

TAPAH - Dua termasuk seorang lelaki warganegara Thailand maut selepas kenderaan dinaiki mereka...

Bekas Askar AS Sasar...

NEW YORK - Seorang bekas askar menaiki bas ke New York semata-mata mahu...

Alasan Terlalu Nakal, Budak...

Kejam dan tidak berhati perut! Hanya kerana didakwa nakal, seorang pengasuh sanggup mengikat...

Rafizi ‘Bengang’ PAS Puas...

MUNGKIN kerana bimbang isu jadi 'basi', Rafizi Ramli meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan...

Sabah Teroka Lebih Banyak Tempat Pelancongan Baharu

KOTA BELUD – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang meneroka lebih banyak tempat yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan menarik di negeri ini.

Setiausaha tetapnya Datuk Ginun Yangus berkata langkah itu sebagai usaha kementerian itu memperkenalkan dan mempromosikan pelancongan negeri, khususnya kepada masyarakat antarabangsa.

“Ini termasuk keindahan alam semula jadi sekitar Kadamaian di Kota Belud, Keningau, Kuala Penyu, Beaufort dan Sungai Kinabatangan di Sandakan yang berpotensi sebagai pusat pelancongan berkonsepkan eko-pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Kedamaian Nature Challenge 2016 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan, di Padang Pekan Taginambur di sini hari ini.


Mengenai program aktiviti lasak itu, Pengerusi Persatuan Pelancongan Kedamaian Walter Kandayon berkata program tersebut mampu mempromosikan Kadamaian sebagai sebuah destinasi tumpuan pelancong berteraskan eko-pelancongan.

Program anjuran persatuan itu disertai lebih 300 peserta terdiri daripada penggemar aktiviti lasak dari seluruh negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori