Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PAS Tak Kecil Hati...

SUNGAI BESAR - PAS tidak berkecil hati digelar 'Pendekar Mustar' oleh pemimpin Parti...

Ukraine, Rusia Adakan Rundingan...

KIEV - Ukraine dan Rusia dijangka mengadakan rundingan damai pusingan ketiga pada Isnin,...

PBS Sah Bertanding PRK...

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini mengesahkan penyertaannya dalam pilihan...

Chegu Bard Didakwa Keluarkan...

Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard hari ini...

Saksi Beritahu Nampak Myvi Kuning Dan Putih Langgar Pajero

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Trafik hari ini bahawa beliau nampak sebuah kereta Myvi kuning dan sebuah Myvi putih melanggar bahagian kanan dan kiri sebuah Pajero yang berada di hadapannya, dalam kemalangan tragis Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang meragut nyawa tiga beranak.

Eksekutif Insurans Rosmaliza Mazalan, 42, berkata beliau nampak ada sentuhan antara Pajero dan Myvi kuning yang berada di sebelah kanan Pajero itu, yang kemudiannya beralih ke kiri dan selepas itu, sebuah Myvi putih yang berada sebelah kiri pula bersentuh dengan Pajero itu.

“Pajero itu kemudian berpusing beberapa kali sebelum berhenti dan melintang di laluan tengah dalam keadaan terbalik,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan kes dua pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 36, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 31, yang didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian tiga beranak iaitu Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa, berumur enam bulan.

Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa melakukan kesalahan itu di KM6 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015.

Rosmaliza merupakan saksi pendakwaan kesembilan pada perbicaraan itu dan antara individu pertama berada di lokasi kemalangan tragis itu.

Mengimbas kembali kejadian pada awal pagi itu, wanita berkenaan berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang dari rumah abang iparnya di Jalan Kent, di sini ke rumahnya di Selayang Heights dan semasa melalui lebuh raya tiga lorong itu, beliau mengekori sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero berwarna hitam di lorong tengah.

Rosmaliza berkata ketika Pajero itu menghampiri satu selekoh, beliau melihat dari cermin belakang ada beberapa lampu kenderaan bersilang kiri dan kanan, dan kereta-kereta itu memotong di sebelah kanan manakala sebuah kereta Myvi berwarna putih berada di belakang keretanya.

“Kereta Myvi itu menghampiri kereta saya, saya ambil keputusan untuk memberi laluan dan masuk ke kiri namun pada masa sama Myvi putih itu turut mahu masuk ke kiri. Saya kemudian kembali ke lorong tengah dan ternampak sebuah lagi Myvi berwarna kuning pula memotong saya di lorong kanan,” katanya.

Saksi itu berkata tidak lama kemudian beliau melihat Myvi kuning itu berada dalam keadaan seperti melayang-layang di lorong kanan dan melanggar bahagian sebelah kanan Pajero, yang berada di hadapannya di lorong tengah.

Saksi itu berkata beliau kemudian memperlahankan dan memberhentikan keretanya sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari kereta selepas terdengar seseorang memaklumkan ada bayi di tengah jalan.


Rosmaliza berkata ketika itu juga beliau melihat Myvi putih berhenti dan berada di laluan kiri namun tidak nampak Myvi kuning dan semasa menghampiri bayi itu yang berada di tengah jalan, bayi itu tidak bergerak dan tidak mengeluarkan sebarang suara.

“Masa itu, bayi itu tidak bergerak namun matanya memandang saya. Saya angkat kepalanya…pada masa yang sama darah keluar dari mulut dan hidungnya dan saya cuma cakap, “baby kuat, baby sabar,” katanya.

Rosmaliza berkata beliau beredar meninggalkan bayi itu selepas beberapa individu lain di tempat kejadian mengalihkan bayi ke tepi jalan dan menghubungi ambulans serta polis.

Semasa menjawab soalan Suhaimi, Rosmaliza berkata beliau pasti bahawa Myvi putih yang melanggar Pajero itu adalah Myvi sama yang menghampirinya dari belakang di lorong tengah sebelum itu, kerana ketika kejadian itu, hanya sebuah kereta Myvi berwarna putih berada di Lebuhraya Duke itu.

Beliau turut diminta membuat pengecaman dan memberitahu mahkamah bahawa beliau memang boleh mengecam pemandu yang memandu Myvi putih itu.

“Sebab saya nyaris nak tumbuk dia (di tempat kejadian), satu kerana bayi (Nur Firuza Annisa) dan kedua sebab dia tidak mengaku dia langgar (Pajero) pada masa itu,” katanya.

Menurutnya pemandu Myvi putih itu memandu kereta dalam keadaan laju termasuk ketika menghampiri keretanya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas bersambung esok.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]pFRMMZjNpLs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori