Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jabatan Imigresen Perlu Tambah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 824,119 kad pekerja asing (i-Kad) daripada 5,449,989 jumlah...

Operator Dipenjara 6 Bulan...

KUALA LUMPUR - Akibat menipu seorang pekerja bahagian pentadbiran sebuah syarikat swasta mengenai...

HPN 2018 Di Padang,...

JAKARTA - Hari Media Indonesia atau Hari Pers Nasional Indonesia 2018 (HPN 2018)...

Pengantin Tolak Tradisi Putih,...

BAGI kebanyakan wanita, apabila membayangkan majlis perkahwinan, pastinya mereka akan memilih baju pengantin yang...

Sambutan Earth Hour Di Plaza Sungei Wang Meriah

KUALA LUMPUR – Suasana malap selama sejam di sekitar pusat beli-belah Plaza Sungei Wang di sini sempena program ‘Earth Hour 2016’, diserikan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik buat para pengunjung.

Sebaik sahaja lampu di beberapa kawasan ini ditutup tepat 8.30 malam, beberapa pekerja pusat beli-belah itu menyalakan lebih 100 lilin di hadapan pintu masuk utama sebagai simbolik solidariti menyokong usaha melindungi bumi daripada pemanasan global.

Sementara kawasan itu bergelap, para pengunjung dihiburkan dengan persembahan memukau band tempatan IamNEETA, beatboxing serta tarian lampu LED dan aktiviti Hand Wax dan lukisan muka.

Pengurus Plaza Sungei Wang Yuen May Chee berkata Earth Hour merupakan acara tahunan pusat beli-belah itu sebagai tanda prihatin terhadap situasi semasa alam sekitar.


Sementara itu, program Earth Hour juga diadakan di Planetarium Negara di sini dengan menampilkan tayangan perdana filem “To Space and Back” selain peserta menyalakan tanglung ketika aktiviti ‘Night Walk’. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori