Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Ako Mustapha Tempelak Pelakon...

PELAKON senior, Ako Mustapha meluahkan rasa kecewanya terhadap industri seni tanah air berikutan...

SIC Cari Penaja Baharu...

KUALA LUMPUR - SIC Racing Team akan mendapatkan penaja baharu bagi kategori Moto2...

Tinggalkan Real Madrid Keputusan...

CHRISTIANO Ronaldo berkata keputusan untuk meninggalkan Real Madrid dan berpindah ke Juventus selepas...

Kluster Aktif Covid-19 Hampir...

PUTRAJAYA: Hanya 47 kes bersamaan 0.9 peratus daripada 5,439 kes positif Covid-19 hari...

“Saya Akan Berlakon Jika Waktu Solat Di Masjid Tak Diganggu”

SELEPAS berhijrah, umum mengetahui pelakon dan penyanyi terkenal era 90-an Noorkumalasari telah mengambil keputusan untuk tidak lagi berkecimpung dalam dunia hiburan.

Bagaimanapun, baru-baru ini sebuah ruangan gosip akhabar melaporkan pelakon yang pernah popular menerusi filem Adik Manja dan Mira Edora ini bakal kembali berlakon dalam sebuah drama mengenai kisah ibu bapanya iaitu Datuk S Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum.

Mengulas hal itu, Noorkumalasari mengaku ada menerima tawaran tersebut namun masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Benar ada tawaran seperti dilaporkan tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa pengesahan atau perbincangan mengenai perkara itu.

“Jadi tiada sebarang keputusan yang dibuat buat masa sekarang berhubung sama ada saya akan berlakon atau pun tidak,” katanya kepada mStar Online.


Pada masa yang sama, Noorkumalasari memberitahu dia terbuka untuk kembali berlakon sekiranya jadual penggambaran tidak menggangu waktu solatnya di masjid.

“Jika tawaran berkenaan menarik dan ia tidak menggangu waktu solat saya di masjid selain tidak memerlukan saya membuka hijab dan melanggar ajaran Islam yang lain, Insya-Allah saya terima,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori