Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

“Saya Dapat Sokongan Hampir...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir...

Tindakan Menggantung PSK Undang...

KUALA LUMPUR - Penggantungan sesebuah Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) oleh Kementerian Belia dan...

Johor Pertimbang Guna Insinerator...

KOTA ISKANDAR - Kerajaan negeri akan berbincang dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal bagi...

JPAM T’ganu Latih 3,000...

KUALA NERUS - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu kini giat melatih kira-kira...

Sekolah Di Kedah Dan Perlis Ditutup Dua Hari Mulai Esok

PETALING JAYA – Ekoran cuaca panas melampau, semua sekolah di Kedah dan Perlis diarah tutup selama dua hari bermula esok.

Ketika mengumumkan perkara itu pada Isnin, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan diambil setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan susulan suhu yang melebihi 37 darjah Celcius.

BERKAITAN: Cuaca Panas Melampau, Ibu Bapa Risau Anak Kena Strok Haba

“Hanya proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah di dua negeri itu ditutup. Bagaimanapun, guru-guru perlu hadir ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya di Damansara, hari ini.

Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah mengurniakan anugerah itu.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mahdzir berkata kementeriannya juga akan terus memantau keadaan cuaca di negeri-negeri lain dan akan membuat pengumuman lanjut berdasarkan keadaan semasa.


Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sekolah di sesuatu kawasan akan ditutup jika suhu melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam.

Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El Nino dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan keadaan itu hanya akan berakhir pada Mei atau Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori