SERAMAI 14 bintang teater West End di London mengambil bahagian dalam kempen kesedaran mengenai kerakusan manusia dalam memburu hidupan laut ikan di pantai-pantai British.
Pelakon-pelakon seperti Emma Thompson dan suaminya, Greg Wise, Alex Jennings, Felicity Dean dan lain-lain bersetuju bergambar bogel dengan ikan sebagai props.
Selebriti ini bergambar dengan pelbagai gaya dengan pilihan ikan masing-masing seperti ikan dory, kod dan jerung smooth hound.
Kempen yang diberi nama J Sheekey Oyster/Fishlove itu juga ingin menyeru masyarakat agar kurangkan pengambilan ikan seperti ikan kod sebaliknya lebih memakan ikan yang lebih kurang dikenali spesisnya seperti ikan merah, selar dan sardin. – MYNEWSHUB.CC