PENYANYI dan pelakon Selena Gomez, 23, mengungguli carta personaliti paling ramai pengikut di laman Instagram, 69.4 juta.
Pelantun lagu Hands To Myself itu menewaskan rakan baiknya, Taylor Swift yang sebelum ini menjadi personaliti dengan pengikut paling ramai.
Swift kini berada di tangga kedua dengan jumlah pengikut 69.2 juta diikuti Kim Kardashian West yang mencetus kontroversi baru-baru ini dengan foto bogelnya, seramai 63.6 juta pengikut.
Dalam pada itu, Selena turut menyatakan keinginannya untuk berkolaborasi dengan Swift.
Menurut Gomez kepada sebuah portal hiburan antarabangsa, Swift merupakan penulis lagu paling berbakat pernah dia kenali.
Namun apa yang menarik, ada dalam kalangan netizen berpendapat agak pelik apabila dia memiliki pengikut yang ramai namun sehingga kini belum ada albumnya berada dalam kategori best seller.
Anugerah yang pernah dimenangi oleh Gomez adalah menerusi lakonan dalam Wizard Of Waverly Place yang diterbitkan pada 2007 serta Penyanyi Wanita Pujaan pada 2014 dan 2015.
Biarpun dikategorikan nama besar di Hollywood, hakikatnya kemampuan Selena dalam bidang seni disifatkan ramai masih samar berbanding artis-artis seangkatan termasuk bekas kekasihnya Justin Bieber. – MYNEWSHUB.CC