Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SMART Laksana Tugas Selamatkan...

Kuala Lumpur : Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) melaksanakan tugas mencari...

Keperluan Benih Padi Sah...

ALOR SETAR - Keperluan benih padi sah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda...

Syria Terkejut Cuma 6...

DAMSYIK - Jika dilihat gaya angkuh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam...

CAP Puji Kerajaan Keluar...

PULAU PINANG - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengucapkan syabas kepada Kerajaan kerana...

Semua Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Ditutup

KUCHING – Pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Slabi Entungkuh di daerah Serian, kira-kira 70km dari sini ditutup pada pukul 10.15 pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata pusat pemindahan yang dibuka pada 27 Feb lepas itu merupakan yang terakhir ditutup sejak banjir melanda sekitar bahagian Kuching, Samarahan dan Serian pada 20 Feb lepas.

Beliau berkata 68 pusat pemindahan dibuka secara berperingkat sejak 20 Feb lepas, dan pusat di Slabi Entungkuh itu ditutup selepas 21 mangsa daripada lima keluarga di situ dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pagi ini.

Menurutnya ketika ini di Kampung Koran, Serian, kira-kira 60km dari sini, terdapat 10 mangsa daripada dua keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara di balai raya kampung itu kerana kediaman mereka rosak akibat tanah runtuh.


Sementara itu, Siti Huzaimah menasihatkan orang ramai sekitar Kuching, Serian dan Samarahan supaya sentiasa berwaspada ekoran musim hujan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori