Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sindiket Ah Long Raih...

KUALA LUMPUR - Sindiket Ah Long berpangkalan di Johor meraih sekurang-kurangnya RM3 juta...

Memang Kepala Bisnes! Khidmat...

ZAMAN sekarang ini bermacam-macam pekerjaan baharu timbul yang mana sebelum ini mungkin tidak...

PRN Johor: BN Boleh...

Bagi berdepan pilihan raya negeri (PRN) Johor, Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid berkata...

Perlis Dilanda Banjir Lepas...

KANGAR - Hujan lebat yang turun sejak tiga hari lalu di Perlis menyebabkan...

Seorang Doktor Di Pakistan Sasar Dapat 100 Anak

AL-KISAH seorang lelaki berhasrat ada 100 anak untuk memudahkan masuk syurga. Jan Mohammad, 43 merupakan doktor yang berasal dari daerah bernama Quetta, Pakistan mempunyai tiga orang isteri dan 35 anak.

56d5958fc2583

Lelaki berusia 43 tahun ini menyasarkan untuk memiliki 100 orang anak, katanya kepada portal Dawn.com.

“Minggu lepas, isteri kedua dan ketiga saya telah melahirkan dua cahaya mata perempuan. Saya bangga sudah menjadi bapa kepada 35 orang anak.

“Saya bercadang untuk kahwin kali keempat dan mempunyai 100 orang anak,” jelasnya.

Mengulas mengenai sasarannya itu, Jan berkata, dia meletakkan target tersebut kerana ingin memudahkan dirinya untuk masuk ke syurga kelak.


Menurut Jan, dia terpaksa membelanjakan 100,000 rupee setiap bulan bagi menampung perbelanjaan isteri-isteri dan anak-anaknya itu.

Walaupun demikian, dia masih lagi mampu memandangkan pekerjaannya sebagai seorang doktor dan turut menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Tambah lelaki ini lagi, dia tidak akan bersikap diskriminasi terhadap anak perempuannya dan akan memastikan mereka mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki.

Kisah mengenai keluarga ini telah ditonton hampir 3.3 juta orang serta dikongsi melebihi 175,000 kali menerima komen sebanyak 4,000. –MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori