Baghdad – Daish melancarkan dua serangan kimia berhampiran Kirkuk, utara Iraq, Sabtu lalu, menyebabkan seorang budak perempuan berusia tiga tahun terbunuh.
Perdana Menteri Haider al-Abadi yang menemui orang tua di kampung Taza selepas kejadian itu berkata: “Daish akan dihukum atas apa dilakukan di sini. Mereka tidak akan terlepas begitu saja.â€Â
Pihak berkuasa keselamatan dan hospital berkata, kejadian itu berlaku pada awal Sabtu (waktu tempatan) di Taza yang tiga hari sebelumnya diserang roket membawa bahan kimia.
Sameer Wais, bapa kepada Fatima, kanak-kanak yang terbunuh itu berkata, dia bertugas di barisan hadapan dalam kumpulan militia yang mempertahankan kampung itu ketika serangan berkenaan.
“Saya bergegas berlari pulang dan setibanya di situ masih terdapat bau bahan kimia digunakan dalam serangan berkenaan.
“Kami bergegas membawa Fatima ke klinik berhampiran, tetapi mereka menyuruh kami membawanya ke hospital di Kirkuk. Malangnya, dia tidak dapat diselamatkan.
“Pada mulanya dia nampak lebih sihat, tetapi kemudian mukanya mula membengkak dan matanya nampak tersembul.
“Kemudian kulitnya mula menjadi hitam dan tercabut sedikit demi sedikit. Keesokannya (semalam) dia meninggal dunia,†katanya.
Jururawat di hospital Taza, Helmi Hamdi berkata, ratusan orang mengalami cedera akibat lecuran, sesak nafas dan nyahhidrasi. Lapan orang dipindahkan ke Baghdad untuk rawatan.
Pegawai tempatan di Taza, Adel Hussein berkata, wanita dan kanak-kanak kini ketakutan.
“Pasukan forensik Amerika dan Jerman sudah tiba di sini untuk membuat ujian kimia,†katanya. – AP/myMetro Online