Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Chin Peng Didenda RM10,000...

KUANTAN - Seorang pengusaha kebun haram di Cameron Highlands dijatuhi hukuman penjara selama...

Politik Wang: Masalah Dalaman,...

SHAH ALAM - "Politik wang ada satu kesalahan tetapi jika ia (dakwaan) berlaku...

Tak Payahlah Ambil Kesempatan...

PUTRAJAYA - Tidak timbul isu kerajaan tidak berperikemanusiaan dalam pengendalian pekerja asing ketika...

Video: Pelajar Kena Buli...

Sama ada ini kejadian raging atau pergaduhan disebabkan sesuatu perkara tak dapat dipastikan,...

Serian: ‘Tugas Belum Tamat’ Bagi Anggota JPAM Selepas Banjir Surut

SERIAN – Bagi anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), tuga mereka belum tamat walaupun banjir sudah surut dan pusat pemindahan banjir di Balai Raya Kampung Slabi Entungkuh di sini ditutup pagi ini.

Kini mereka menghulurkan bantuan dalam kerja pembersihan pula susulan banjir yang melanda sejak Sabtu lepas.

Lt Muda (PA) Jostan Ringin, 55, yang mengetuai 16 anggota JPAM sibuk membersihkan bangunan Gereja St Henry dan bahagian bawah struktur bangunan prasekolah Sekolah Kebangsaan St Henry di kampung itu yang diselaputi lumpur.

Selain JPAM, turut membantu dalam gotong-royong membersihkan dua lokasi berkenaan ialah anggota tentera, anggota polis serta penduduk kampung.

“Di gereja tiada kerosakan besar … cuma dimasuki air dan lumpur. Untuk bangunan prasekolah pula hanya bahagian bawah bangunan terjejas … cuci dan bersihkan daripada lumpur yang dibawa banjir,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kampung itu hari ini.


Kampung Slabi Entungkuh didiami 93 keluarga, biarpun tidak semua rumah ditenggelami banjir gelombang kedua pada Sabtu lepas, banjir mengakibatkan kemusnahan sawah padi, tanaman pisang dan kehilangan haiwan ternakan.

“Tugas kan kena buat sebaik mungkin,” kata Jostan.

Beliau juga bersyukur kerana tiada rumah anggotanya terlibat dalam banjir dan seterusnya mereka dapat memberi tumpuan kepada kerja memantau dan menjaga mangsa di pusat pemindahan dan kini kerja pembersihan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori