Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anggota UMNO Jangan Jadi...

KLANG - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti...

2 Maut, Seorang Cedera...

JOHOR BAHARU - Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan...

Anak Buaya Masuk Kawasan...

PETRA JAYA - Kehadiran seekor anak buaya menggemparkan penduduk Taman Nanas 2 di...

Mayat Bayi Perempuan Dijumpai...

BUTTERWORTH - Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan...

Serpihan Di Mozambique Hampir Pasti Milik MH370

PUTRAJAYA – Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan ke atas serpihan itu yang dijalankan oleh Geosains Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di pusat kemudahan di Canberra, Australia sejak 21 Mac, selesai semalam.

Pemeriksaan dan analisis yang dijalankan ke atas serpihan itu dikendalikan oleh pakar antarabangsa daripada Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Annex 13 Malaysia bagi MH370, ATSB, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Boeing, katanya.

Liow berkata Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia menyatakan dimensi, bahan dan pembinaan kedua-dua bahagian itu sama dengan spesifikasi pesawat Boeing 777 dan cat penstensilan di kedua-dua bahagian sepadan dengan yang digunakan oleh Malaysia Airlines.

“Sehubungan itu, kedua-dua bahagian itu adalah konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines dan hampir pasti adalah dari MH370,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori