Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Cuaca Cerah Beri Peluang...

KEMAMAN - Cuaca cerah sejak awal pagi ini memberi peluang kepada mangsa banjir...

Gambar Intim: Zairil, Dyana...

KUALA LUMPUR – Laporan polis berhubung gambar intim antara calon DAP Teluk Intan,...

Sudah Merokok Seawal 10...

PETALING JAYA - Tinjauan dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan dalam setiap lima pelajar,...

Nancy Dahului Senarai 613...

KUANTAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri mengetuai senarai 613...

Setiausaha PAN Berang Dengan Kedutaan Indonesia

KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat berang kerana terpaksa menunggu lama di kedutaan Indonesia sewaktu mahu menguruskan pasport pembantu rumahnya hari ini.

Beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya menyifatkan pentadbiran kedutaan Indonesia sangat menyusahkan kerana menyebabkan beliau terpaksa menunggu selama beberapa jam.

“Nak perbaharui pasport pembantu rumah saya di kedutaan Indonesia. Terpaksa beratur ambil nombor sejak pukul 6 pagi.

“Kemudian proses seterusnya pada waktu pejabat. Sangat menyiksakan. Peliknya masih ada lagi pentadbiran seumpama ini zaman global begini,” katanya.

Penyokong PAN yang sangat prihatin terhadap `kesengsaraan’ dialami Suhaizan sewaktu mahu berurusan dengan Kedutaan Malaysia menyalahkan kerajaan Malaysia.

Pemilik akaun Facebook Mohamad Halim Cfc berkata, “Rakyat biasa dah masak dengan mende ni semua…wakil rakyat apa yang dorang tau.”


Seorang lagi pengguna Facebook Zuhawaribinyazid Wary berkata, “Sebab tu kena tukar kerajaan.”

Pemilik akaun Facebook Sham Sam pula memberi komen, “seperti sistem 20 tahun dulu..”

Seorang pemilik akaun Facabook bagaimanapun mempersoalkan bukankah urusan di Kedutaan Indonesia merupakan tanggungjawab konsulat negara itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori