Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Pahang Tidak...

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang bertambah sedikit kepada 1,301 orang pagi...

TPPA: Lupakan Atau Teruskan,...

KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun dan 19 pusingan proses rundingan, Perjanjian Perkongsian...

Kenapa Siasatan Video Seks...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan mengapa siasatan polis berhubung video...

Akhirnya Brader Ni Tahu...

SEBUAH rakaman video seorang peniaga dunia selamba memanggil Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah...

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC Di Jakarta Bermula Hari Ini

JAKARTA – Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bermula di sini, hari ini bagi membincangkan isu Palestin dan Al-Quds Al-Sharif.

Lebih 600 perwakilan dari 57 negara-negara anggota OIC dan dua pertubuhan antarabangsa menghadiri mesyuarat dengan delegasi Malaysia diketuai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo dalam ucapan pembukaan berkata beliau berharap resolusi daripada Sidang Kemuncak Luar Biasa ini dilaksanakan serta-merta.

Sokongan yang diberikan oleh kerajaan Indonesia berhubung penyelesaian isu-isu Palestin antara lain adalah bahawa dalam masa terdekat, Indonesia akan secara rasmi membuka pejabat konsul di Ramallah. Indonesia juga akan menyediakan US$1 juta dan akan terus menawarkan program pembinaan negara.

Beliau berkata, hak-hak asasi dan kebebasan rakyat Palestin tidak sepatutnya dilupakan dan sidang kemuncak itu terutamanya adalah untuk menyuarakan dan menyokong untuk kebebasan Palestin.

Joko berkata, Indonesia sentiasa mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk membuat keputusan berhubung Palestin, termasuk dalam bentuk kenyataan presiden (PRST) atau resolusi bagi menggambarkan tanggungjawab Majlis Keselamatan PBB mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.


Sidang kemuncak itu bertujuan untuk tampil dengan resolusi yang menyatakan secara berprinsip berhubung kedudukan dan komitmen OIC untuk menyokong Palestin dan Al-Quds Al-Sharif, dan Deklarasi Jakarta, yang dimulakan oleh Indonesia, yang mengandungi langkah-langkah konkrit untuk menyokong perjuangan Palestin dan Al-Quds Al-Sharif.

Resolusi sidang kemuncak itu dijangka dikeluarkan tengah hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori