Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Mangsa Lemas Tersangkut...

KUCHING - Lelaki yang dilaporkan hilang ketika pergi memancing ditemui lemas tersangkut pada jala...

Benjy Diberi Seminggu Bela...

MEDAN - Pelakon Benjy diberi masa seminggu untuk bela diri sebelum berdepan kemungkinan...

Sindiket Sorok Syabu Dalam...

KUALA LUMPUR - Satu sindiket dadah yang licik menyembunyikan dadah jenis syabu dalam...

Keluar AP, Kosongkan Stok...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju mengeluarkan lesen eksport (AP) dalam tempoh munasabah kepada syarikat...

Sikap Tidak Ambil Peduli Bahaya Denggi Dikesali – Exco Perak

IPOH – Sikap segelintir masyarakat yang tidak memperdulikan bahaya nyamuk Aedes dan demam denggi sehingga boleh menyebabkan kematian amat dikesali, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Beliau berkata sikap tidak peduli itu amat ketara semasa pihaknya menerusi Jabatan Kesihatan mengadakan kempen mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

“Bila kita menganjurkan kempen misalnya di taman-taman perumahan respons daripada penduduk sangat mengecewakan. Kadang-kadang kurang daripada 10 orang yang hadir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen menangani wabak denggi anjuran Jabatan Pendidikan Negeri di Sekolah Menengah Jelapang Jaya, di sini hari ini.

Selain itu Mah berkata sejak Januari hingga Sabtu lepas, sebanyak 1,114 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Perak, menurun sebanyak 61.4 peratus berbanding 2,885 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Mengenai kawasan panas denggi, beliau berkata bagi minggu kesembilan tahun 2016, lima kawasan dikesan iaitu di Taman Hill View, Kampung Bercham, Kampung Baru Simpang Pulai, Kampung Baru Buntung di sini dan Kampung Tersusun Batu Lapan, Tambun.


Dalam pada itu, Mah berkata pihaknya kini sedang menyisat tiga kes kematian disyaki akibat denggi di Pengkalan Hulu, Teluk Intan dan Kinta.

Mengenai kempen tersebut, beliau berkata ia merupakan satu usaha yang amat baik kerana pelajar merupakan ejen perubahan yang mampu membantu menyedarkan masyarakat mengenai bahaya nyamuk Aedes dan denggi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori