ANAK sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menafikan khabar tersebar kononnya beliau pernah menerima anugerah ikon belia seperti dicanang selama ini.
Nurulhidayah dilaporkan memberitahu portal Free Malaysian Today, isu itu berpunca daripada kesilapan pihak stesen TV tempatan yang secara tidak sengaja ‘menganugerahkan’ gelaran itu kepadanya.
“Sebenarnya gelaran ikon belia ini adalah kesilapan pihak stesen TV semasa saya dipanggil dalam sebuah rancangan bual bicara, tahun lalu. Pihak penerbit tanya nak ‘gelar’ saya sebagai apa? Saya kata, saya aktif dalam persatuan dan program libatkan belia.. ‘Aktivis Belia’ sesuailah.
“Semasa ‘On Air’ nampak tertera di bawah nama saya ‘Ikon Belia’. Saya cakap habislah.. Bagi saya mungkin pihak penerbit berasakan saya wakil kepada belia sebab itu dia letakkan gelaran ikon belia. Tetapi bagi orang lain gambaran mereka bagi ikon belia adalah lain,” jelasnya.
Ekoran itu, Nurulhidayah telah pun menulis surat kepada stesen TV berkenaan dan meminta perkara itu diperbetulkan.
“Saya sudah menulis surat kepada stesen berkenaan agar pihaknya mengeluarkan kenyataan di atas kesilapan itu,†katanya.
Bagaimanapun Nurulhidayah berkata, dia menerima kejadian yang berlaku dengan hati terbuka dan positif.
“Terkesan juga tapi tak sampai jejaskan kehidupan. Saya fikir positif, mungkin orang nak kenal saya dengan cara begitu jadi tak apalah,†katanya. – MYNEWSHUB.CC