Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

PRK: BN Kekal Tanjung...

LUNDU - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu...

Pelajar Kolej Dijel, Denda...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar wanita sebuah kolej dipenjara sehari dan denda RM3,000...

PAS Tidak Lagi Boleh...

KUALA LUMPUR - DAP membayangkan PAS tidak lagi boleh diharapkan oleh mana-mana pihak...

APMM Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan dua bot...

Siti Nurhaliza Keluarkan Koleksi Tudung Dengan Ariani

KUALA LUMPUR – Penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza hari ini melancarkan koleksi tudung dan pakaian di bawah label Creacion berkolaborasi dengan jenama tudung popular, Ariani.

Dua koleksi tudung eksklusif, ARIANI X SITI NURHALIZA dan juga ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA mendapat hasil sentuhan peribadi Siti Nurhaliza menerusi pemilihan fabrik dan rekaan corak untuk edisi khas itu.

Menggunakan fabrik yang bersesuaian dengan iklim dan cuaca di Malaysia, tudung yang diilhamkan dari motif etnik dan floral itu bakal memasuki pasaran bermula esok hari dan hanya boleh didapati menerusi Jakel Mall, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sahaja.

Menurut Pengarah Pemasaran Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Farah Haryani Muhamad Philip, pemilihan Siti adalah bertepatan dengan matlamat untuk menjadikan Ariani sebagai hub jenama tudung yang eksklusif tetapi mampu milik dan menjadi pilihan utama untuk seluruh wanita yang berhijab di Malaysia dan serantau.

“Seperti aura Datuk Siti Nurhaliza yang sentiasa mendapat tempat di hati kebanyakan peminatnya, seperti itu jugalah hasrat Ariani untuk membawa jenama ini mendapat tempat di hati semua wanita.

“Kesemua koleksi ini dihasilkan dengan sentuhan tiga elemen utama yang merangkumi exclusivity, modesty dan contemporary yang menjadi nadi kepada penstrukturan selendang dan tudung koleksi ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Ariani X Creacion By Siti Nurhaliza Fashion Show 2016 yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini hari ini.

Datuk Siti Nurhaliza bersama Pengarah Pemasaran Ariani Textiles, Datin Farah Haryani Muhamad Philip.
Datuk Siti Nurhaliza bersama Pengarah Pemasaran Ariani Textiles, Datin Farah Haryani Muhamad Philip.

Koleksi Ariani X Siti Nurhaliza didatangkan dalam enam jenis koleksi tudung instant dan selendang yang merangkumi Selendang Malvina, Instant Naureen, Instant Madeena, Instant Avelyn, Instant Raina dan juga Instant Erina.


Helaian hijab tersebut didatangkan dalam pilihan warna pastel dan vibrant, yang dipercayai menepati citarasa wanita masa kini dari pelbagai latar belakang.

1
Koleksi tudung Ariani x Siti Nurhaliza.
14
Koleksi tudung Ariani x Siti Nurhaliza.
12
Koleksi tudung Ariani x Siti Nurhaliza.
15
Koleksi tudung Ariani x Siti Nurhaliza.
16
Koleksi tudung Ariani x Siti Nurhaliza.
17
Koleksi tudung Ariani x Siti Nurhaliza.
18
Koleksi tudung Ariani x Siti Nurhaliza.

Sementara itu, koleksi Ariani Stockist X Siti Nurhaliza pula terdiri daripada Instant Layla Deluxe, Instant Layla Glourious, Instant Layla Demure, Instant Avelyn Allure, Instant Avelyn Magnifique dan Instant Majestic Basic.

Yang menariknya, seleksi ini merupakan koleksi terhad yang hanya boleh didapati menerusi para stokis berdaftar Ariani dan tidak terdapat di mana-mana cawangan Galeri Ariani di seluruh Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

16
Koleksi tudung Ariani Stokis x Siti Nurhaliza.
15
Koleksi tudung Ariani Stokis x Siti Nurhaliza.
1
Koleksi tudung Ariani Stokis x Siti Nurhaliza.
4
Koleksi tudung Ariani Stokis x Siti Nurhaliza.
5
Koleksi tudung Ariani Stokis x Siti Nurhaliza.
12
Koleksi tudung Ariani Stokis x Siti Nurhaliza.
8
Koleksi tudung Ariani Stokis x Siti Nurhaliza.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori