Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kajian Pedofilia: Ahli Akademik,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti ahli akademik dan profesional untuk...

Pembinaan Pan Borneo Buka...

KUCHING - Golongan siswazah di Sarawak perlu merebut peluang pekerjaan dan keusahawan yang...

Ahli Farmasi Kesal Ubat...

KENAIKAN harga barang semakin ketara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu sekali...

Bungkusan Letupan Kepada Obama,...

NEW YORK - Barangan disyaki bahan letupan dihantar kepada bekas Presiden, Barack Obama...

Skandal Banglo LGE: Shahbudin Tak Minat Layan Guan Eng

TASEK GELUGOR – Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya tidak berminat melayan jemputan Lim Guan Eng bersemuka bagi mengemukakan bukti dakwaannya berhubung amalan rasuah dalam pembelian rumah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu di Jalan Pinhorn, Georgetown.

Sebaliknya, Shabudin berkata pihaknya mahu Lim bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan terhadap isu berkenaan dan penjualan tanah kos rendah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, George Town.

Katanya sebagai seorang ahli politik veteran dan ketua menteri, Lim sewajarnya bertindak lebih matang dengan menyerahkan isu ini untuk disiasat pihak berkuasa kerana institusi inilah yang mempunyai bidang kuasa menilai, menyiasat dan membuat keputusan.

Skandal Banglo Murah: Apakah Istimewa Miss Phang Dengan LGE?

Guan Eng Diminta Jawab Tuduhan Isu Rumah Banglo Murah

“Tambahan pula semasa sidang Parlimen saya tidak pernah meminta beliau memberi apa-apa penjelasan terus kepada saya.

“Sebaliknya saya mengajukan fakta dan persoalan kepada tiga pihak utama iaitu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, SPRM dan JPPH (Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta) untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan,” katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Shabudin berkata beliau bersedia disoal oleh SPRM dan mengemukakan dokumen tertentu berhubung dakwaannya itu untuk dinilai, disiasat dan disemak oleh suruhanjaya berkenaan.


Pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas, Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, meminta JPPH membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli Anggota Parlimen Bagan itu di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Lim pada sidang akhbar keesokan harinya mencabar Shabudin bersemuka secara satu-sama-satu di hadapan media massa di pejabatnya untuk berbincang berhubung isu berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori