SYARIKAT penerbangan patuh syariah, Rayani Air ada mewar-warkan menerusi laman sosial Instagram mereka mengenai satu sesi temuduga bagi mencari pramugara dan pramugari bagi mewakili syarikat tersebut.
Temuduga itu diadakan semalam bertempat di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2), Sepang, Selangor.
Namun, yang tidak sedapnya di sini apabila membaca ruangan komen yang ditinggalkan dalam entri gambar tersebut.
Kebanyakan netizen memberikan komen negatif bila mana ada mengatakan staf yang menemuduga bersikap biadap dengan hempas resume selain sistem pengurusan temuduga yang sangat teruk dikendali oleh syarikat itu.
Namun, ada juga yang ‘membela’ kakitangan airlines itu yang mungkin ‘fed-up’ dengan kebanyakan individu yang mencari kerja tersebut tidak mencapai kriteria yang dicari oleh mereka.
Antaranya, ada yang memakai pendakap gigi turut serta dalam interview itu yang sah-sahnya pasti akan ditolak selain ada yang tidak berpakaian kemas seperti mana yang dituntut dalam sesi temuduga itu.
Rayani Air merupakan syarikat penerbangan patuh syariah yang mana tidak menghidangkan minuman keras selain mewajibkan pramugari beragama Islam memakai hijab.
Fasa pertama Rayani Air melibatkan penerbangan ke destinasi seperti Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.
Penerbangan pertamanya berlepas pada 20 Disember tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC