Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

ADUN Tungku Datuk Suhaili...

LAHAD DATU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said,...

Rakaman Wanita Kencing Dalam...

SITUASI di dalam pesawat Wizz Air kecoh seketika apabila seorang penumpang bertindak kencing...

Najib Terima Surat Penghargaan...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menerima surat penghargaan Masjid Al-Aqsa di...

Pelajar MRSM Cipta Powerbank...

SEPANG - Dua orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu yang...

Starbucks UK Ajar Barista Bantu Ibu Menyusu Anak

RANGKAIAN kafe Starbucks di United Kingdom (UK) akan memberikan latihan tunjuk ajar kepada setiap staf dan barista mereka untuk membantu ibu menyusu anak mereka di kafe mereka.

Sebelum ini pelbagai pertikaian timbul mengenai penyusuan bayi di khalayak ramai bukan sahaja di negara itu sebaliknya di seluruh dunia.

Jadi, bagi menggalakan penyusuan bayi di tempat umum, Starbucks mengambil langkah untuk memberikan pemahaman kepada pekerja mereka mengenai hal itu.

Starbucks di UK telah merekrut sebuah organisasi, National Childbirth Trust (NCT) untuk memberikan latihan kepada semua pekerja di 800 cawangan Starbucks di sana.

GERMANY - NOVEMBER 20: GERMANY, BERLIN, Starbucks Coffee Berlin. (Photo by Ulrich Baumgarten via Getty Images)

Staf akan diajar cara-cara untuk cipta ruang dan suasana di mana kaum ibu tidak perlu malu dan segan untuk menyusukan anak mereka di tempat umum, selain bantu ibu membawa keperluan mereka serta cari tempat duduk yang paling selesa dan tersorok untuk tujuan itu.


Menurut Naib Presiden Starbucks, Rhys Iley, langkah itu diambil bagi memberikan sokongan terhadap penyusuan bayi di tempat umum selain ingin memberikan pelanggan mereka pengalaman terbaik dalam hal penjagaan dan penyusuan bayi.

“Kami berharap ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang selalu mengunjungi kafe kami agar memberikan maklum balas dari masa ke semasa supaya kami boleh menambah baik keperluan yang diperlukan mereka di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan dan Kualiti NCT, Dr. Sarah McMullen berkata: “Daripada penyelidikan kami mendapat terdapat banyak kesukaran untuk para ibu menyusu di tempat awam kerana mereka sering dipandang sinis oleh orang sekeliling”.

“Jadi ia adalah penting untuk ibu merasa selesa dan tidak rasa dipandang lekeh oleh pekerja dan orang sekeliling sekiranya mereka membuat keputusan untuk menyusukan anak di khalayak ramai,” kata Dr. Sarah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori