Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Euro 2016: Croatia Musnahkan...

BORDEAUX - Gol Ivan Perisic di lewat babak perlawanan menyaksikan Croatia mengejutkan juara...

XX Ray 3 Bakal...

KEMBALI... Sebut sahaja mengenai filem Melayu genre fiksyen sains era dekad 1990-an, pasti...

Bintang Filem Mukhsin Throwback...

MESTI ada yang masih ingat cerita filem Mukhsin yang pernah popular pada tahun...

Pintu Sempadan Negara Tak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan membuka pintu sempadan negara sewenang-wenangnya, sebaliknya kebenaran...

Sufi AF Kini Tauke Restoran Sup Tulang Merah Singapura

KUALA LUMPUR – Juara program realiti Akademi Fantasia (AF) yang pertama dari Singapura, Sufi, bukan sahaja kian ligat bertapak sebagai penyanyi di Malaysia, malah kini bergelar tauke restoran sup tulang merah pula.

Restoran milik Sufi sendiri atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid itu yang dikenali sebagai De’ Tulang Merah, terletak di Jalan Kuchai Lama di ibu negara dan sudah dibuka kepada orang ramai sejak seminggu lalu.

Penyanyi berusia 25 tahun itu dilaporkan berkata, beliau sendiri pernah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sebelum menjadi artis sepenuh masa apabila dinobatkan sebagai pemenang AF musim 12 pada 2015 lalu.

sufi

Bahkan, beliau sebenarnya minat dengan perniagaan restoran sejak dulu lagi. “Alhamdulillah hasrat itu akhirnya tercapai dan pembukaan restoran berkenaan sebagai persediaan masa depan saya,” katanya kepada mStar Online.

Sufi berkata restoran itu diusahakan dengan rakan kongsinya, Edaman, anggota kumpulan Qanda. Sup tulang merah Singapura sememangnya sudah menjadi tarikan kepada ramai artis Malaysia jika berkunjung ke Singapura.

Antara artis yang sebelum ini dikatakan menjadikan jamuan sup tulang merah sebagai kegiatan wajib kalau berada di Singapura, termasuklah Awie dan Ella. Kedai sup tulang merah yang biasa mereka serbu terletak di Beach Road.

sufi1


Faktor tarikan populariti dan keenakan warisan makanan sup tulang merah Singapura inilah yang mahu juga dimanfaatkan secara sepenuhnya oleh Sufi selaku tauke kedai makanan tersebut.

“Jadi selepas ini artis-artis Malaysia tidak perlu lagi bersusah-payah ke sana, kerana di KL pun sudah ada sup berkenaan. Rempah sup tulang merah itu pula memang dibawa khas dari Singapura.

“Insya-Allah kalau tiada komitmen kerja seni, memang saya akan habiskan masa di restoran. Di kedai ini pula, saya tidak menganggap diri ini artis, sebaliknya saya juga boleh jadi pelayan dan juruwang,” jelas Sufi.

Sementara itu, mStar Online melaporkan, Sufi juga bakal tampil dengan album single terbaharunya dalam masa terdekat ini, namun beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Sufi Dinobat Juara Akademi Fantasia 2015

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori