Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Reaksi Shila Amzah Terhadap...

SEWAKTU malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini pelakon Sharnaaz Ahmad dikhabarkan telah...

Haziq Hot FM Kesal...

PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq terkilan dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mewujudkan...

Suami Isteri Dipenjara Dan...

IPOH - Sepasang suami isteri, juga merupakan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia...

Nilai Tambah Logo Tahun...

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia beri nilai tambah kepada rekaan...

Sultan Johor Tegur Melayu Jadi Arab Tolak Adat Melayu

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menggesa masyarakat Melayu supaya langsung tidak meminggirkan warisan adat budaya mereka yang memang unik selama ini.

Menurut agensi berita MediaCorp Singapura, baginda kurang senang dengan sikap sesetengah orang yang mahu menghalang umat Islam daripada mengamalkan berjabat salam sedangkan ia merupakan amalan tradisi.

Baginda bertitah demikian dengan merujuk kepada insiden viral media sosial ada pihak yang mengkritik putera sulungnya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersalaman dengan isteri salah seorang pemain pasukan bola sepak JDT.

Sultan Ibrahim menegaskan bahawa baginda memang amat berpegang teguh kepada “budaya dan tradisi saya sebagai orang Melayu kerana saya sendiri dilahirkan di dunia ini sebagai orang Melayu.”

“Jika ada antara anda yang mahu sangat menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya masyarakat Arab serta tidak mahu atau berasa malu hendak mengikut adat dan tradisi Melayu, terpulanglah,” tambah baginda.

“Saya menyokong anda untuk tinggal di Arab Saudi. Itu adalah hak anda namun saya percaya masih ada orang Melayu yang berbangga dengan budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya jujur dan bukan hipokrit.

“Penduduk Johor kenal siapa yang memerintah mereka selama ini,” tegas Sultan Ibrahim lagi memberi contoh, pilihannya menggunakan perkataan Hari Raya berbanding Eid al-Fitr atau buka puasa dan bukannya istilah iftar.

“Saya gunakan perkataan-perkataan Melayu ini sejak saya masih anak kecil dan bercakap dengan arwah bapa saya sejak 50 tahun yang lalu,” baginda bertitah memberitahu portal tempatan, The Star Online.

“Saya tidak berhasrat menggantikannya dengan perkataan-perkataan Arab,” katanya lagi. Dalam pada itu, portal tersebut turut melaporkan respons Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin terhadap kenyataan Sultan Ibrahim.

Beliau menulis menerusi laman Facebooknya, dengan berkata bahawa ia bukan satu kesalahan mengamalkan budaya Arab dan menekankan, Islam pun tidak memerintah penganutnya supaya mengamalkan budaya Arab.


Ujarnya, sementara perkara itu tidak salah di sisi agama bagi sesiapa yang ingin mengamalkannya, malah dalam sesetengah situasi tertentu ia tidak dapat dielakkan. Katanya: “Islam itu bukan agama perkauman Arab.”

Tiada salahnya kita guna istilah-istilah ini seperti mana banyak juga istilah Inggeris kita guna dalam bidang yang lain. Bahkan banyak istilah Arab itu lebih dekat maksud syarak dalam kerangka istilah ilmu,” tambah Dr. Asri.

Beliau menekankan: “Lebih daripada itu, al-Quran berbahasa Arab yang tidak boleh ditukar ganti dengan bahasa lain. Apa yang boleh, sekadar terjemahan maksud ayat al-Quran bagi yang gagal memahami teks asal Arabnya.

“Namun bacaan al-Quran kekal dalam bahasa Arab. Al-Quran bahasa Arab dan Nabi kita Muhammad s.a.w juga berbahasa Arab.” Menurut beliau, Islam tidak suruh Melayu jadi Arab dan tidak pula mahu Melayu jadi Barat.

Dr. Asri turut memetik sepotong ayat daripada Surah al-Hujurat yang menerangkan bahawa umat Islam digalak untuk lebih saling mengenali kepelbagaian budaya masing-masing, iaitu ‘kenal-mengenal antara satu sama lain’.

Beliau menambah bahawa sudah pasti antara tujuannya adalah untuk mengambil manfaat daripada budaya yang baik dan pada masa sama menghindari budaya yang kurang baik diamalkan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Pakai Baju Melayu Ketuai Perbarisan Ratu Elizabeth II

Juga: Kemahkotaan Sultan Johor Penuh Unsur Budaya

Lagi: Khazanah Melayu Perlu Dipertahan Diberi Nafas Baharu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori