Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengumuman Mengenai Kutipan Tol...

SEMENYIH - Kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya...

Salur Semula Subsidi Pukal...

PUTRAJAYA - Malaysia dilihat perlu menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan...

Pengguna Tak Digalak Guna...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pengguna internet agar...

Topi Kempen Trump Pun...

WASHINGTON DC - Satu dunia tentu maklum dengan kempen Donald Trump ketika pilihan...

Sultan Nazrin Sampai Tauliah Pelantikan Kepada Pegawai Masjid, Kariah

TANJUNG MALIM – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyampaikan penganugerahan tauliah pelantikan 507 anggota jawatankuasa kariah dan pegawai masjid bagi daerah Tapah, Kampung Gajah, Teluk Intan dan Muallim.

Majlis anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu diadakan di Dewan Seri Tanjung di sini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan watikah perlantikan kepada Pengerusi Masjid Sultan Idris Shah II Daerah Mualim, Nor Sham Rahman (kanan) pada Majlis Penyampaian Tauliah Perlantikan Anggota Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid bagi Daerah Tapah, Kampung Gajah dan Mualim di Dewan Sri Tanjung hari ini. - Foto BERNAMA
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan watikah perlantikan kepada Pengerusi Masjid Sultan Idris Shah II Daerah Mualim, Nor Sham Rahman (kanan) pada Majlis Penyampaian Tauliah Perlantikan Anggota Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid bagi Daerah Tapah, Kampung Gajah dan Mualim di Dewan Sri Tanjung hari ini. – Foto BERNAMA

Sebanyak 338 pegawai masjid membabitkan imam dan bilal dari daerah Muallim (40), Tapah (68), Kampung Gajah (62) dan Teluk Intan (168) menerima watikah pentauliahan itu bagi tempoh tiga tahun bermula bulan ini hingga 2019.

Setiap pengerusi jawatankuasa kariah masjid dari 169 masjid di empat daerah itu turut menerima pentauliahan berkenaan.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Mohd Nizar Zakaria.


Selepas santapan tengah hari, Sultan Perak berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II di Slim River dekat sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori