Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Iran, Turki, Rusia Setuju...

KUALA LUMPUR - Iran, Rusia dan Turki bersetuju untuk mewujudkan zon pengenduran di...

Zaman PM Ke-4 Dulu...

SELEPAS dikejutkan dengan pelbagai kejutan, rakyat Malaysia sekali lagi terkejut apabila kerajaan Pakatan...

“Masya Allah… Sia-Sia Dia...

Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk memasukkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Pelajar Maut Motosikal Yang...

KEMAMAN - Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas motosikal yang dinaiki bersama rakannya...

Sultan Perak Serah Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menyampaikan tauliah pelantikan kepada 621 Ahli Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Imam/Bilal) bagi daerah Kinta, Kampar, Seri Iskandar dan Manjung bagi tempoh 1 Feb 2016 hingga 31 Jan 2019.

Majlis berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pada majlis itu, 207 menerima tauliah selaku Ahli Jawatankuasa Kariah iaitu 75 orang dari Ipoh; Batu Gajah (14); Kampar (19); Seri Iskandar (44) dan Manjung (55).

Antara yang menerima tauliah ialah Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria selaku pengerusi Masjid Jamek, Kampung Melayu, Jalan Lapangan Terbang di sini.


Sementara itu, 414 lagi menerima tauliah selaku pegawai masjid terdiri daripada imam dan bilal dengan 150 daripadanya adalah dari Ipoh; Batu Gajah (28); Kampar (38); Seri Iskandar (88) dan Manjung 110. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori