Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Item Eksotik Yang Dijual...

Ketika melangkah ke mana-mana pasar raya pun, selalunya pengguna akan mendapati item yang...

Euu..! Buih Putih Di...

Varthur (India) - Fenomena buih putih di sebuah tasik di bandar ini pada...

Institusi Yang Di-Pertuan Agong...

KUALA LUMPUR - Institusi Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar simbol perpaduan semata-mata-mata, sebaliknya...

Anak Bilal Antara 21...

YAN - Seorang lelaki yang juga anak kepada seorang bilal dekat sini, tidak...

Suspek Lelaki Pernah Bekerja Di Syarikat Anak – Bapa Mangsa

ALOR SETAR – Bapa wanita berusia 21 yang meninggal dunia dipercayai akibat didera secara fizikal di Taman Gemilang, Jitra semalam berkata suspek lelaki dalam kes kematian anaknya itu pernah bekerja sebagai pemandu teksi di syarikat anaknya bekerja.

Menurut Ishak Sulong, 43, suspek adalah bekas pemandu teksi syarikat Teksi Big Blue Capital Sdn Bhd di Kuala Lumpur iaitu tempat anaknya bekerja dan sudah berhenti sejak empat tahun lalu.

“Suspek ini telah dibuang kerja … saya pun tak tahu macam mana suspek ini boleh berhubung balik dengan anak saya … saya terlepas pandang perkara ini,” katanya sebak.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya yang bekerja sebagai penyelia di syarikat teksi itu sejak empat tahun lalu adalah pada Februari lepas.

“Dia ada menghubungi kami dua minggu lalu tapi tidak memberitahu di mana lokasi sebenar dia,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah untuk menuntut jenazah anaknya.

Wanita Maut Dipercayai Didera Lelaki Di Rumah Sewa

Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, Nurul Syahirah Ishak disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang selepas disyaki didera suspek yang juga kenalannya.

Hari ini, sepasang suami isteri ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. Mangsa dilapor tinggal bersama pasangan suami isteri itu yang masing-masing bekerja sebagai ejen insurans dan doktor di hospital kerajaan bersama bayi mereka berusia enam bulan di Taman Gemilang.


Ishak yang turut bekerja di syarikat sama sebagai penyelia pemandu teksi berkata jenazah anaknya akan dibawa ke Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Sementara itu majikan mangsa, Pengurus Big Blue Capital Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, Nurul Syahirah merupakan seorang pekerja yang sangat berdedikasi dan jujur dalam pekerjaan.

“Arwah baik dan jujur, sesen duit tak pernah hilang semasa dia jadi juruwang dulu dan lepas dua tahun saya naikkan pangkat dia jadi penyelia … kalau ada pelanggan marah dia tetap senyum dan tak marah. Sedih pasal apa keadaan ini boleh jadi kat dia,” katanya dan menurutnya syarikat akan membantu dalam urusan pengebumian arwah.

Berkenaan suspek lelaki terbabit, beliau berkata suspek pernah bekerja sebagai pemandu teksi di syarikatnya namun diberhentikan kerana masalah disiplin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori