Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mohamad Ali Dilantik Timbalan...

KUALA LUMPUR - Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dimasyhur sebagai Timbalan Yang...

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme...

PUTRAJAYA : Mekanisme pelarasan harga diesel selepas pelaksanaan subsidi bersasar dilaksanakan kelak, akan...

Tiga Ditahan Terbabit Judi...

KLUANG - Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dengan judi dalam talian ditahan di...

SPM Guna Format Baharu...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan format baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran...

Suspek Pecah Rumah Maut Dibelasah Penghuni

JOHOR BAHRU – Seorang suspek pecah rumah berusia 43 tahun yang terjatuh dari rumah bumbung mangsa maut dibelasah oleh penghuni rumah berkenaan di Jalan Storey, awal hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.55 pagi itu, suspek, yang mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah, berjaya ditangkap oleh penghuni rumah itu dan diikat sebelum disyaki dipukul dengan objek keras di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata mangsa, berasal dari Bukit Siput, Segamat, dipercayai cuba memecah masuk ke dalam rumah tersebut dengan memanjat bumbung namun terjatuh.

“Mangsa juga telah diikat tangan dan kaki supaya tidak dapat melepaskan diri. Mangsa dijumpai mati di tempat kejadian dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan berukuran lima sentimeter di bahagian belakang kepala dan luka berukuran dua sentimeter di bahagian kening kri.


Sulaiman berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk dibedah siasat dan waris mangsa sudah dihubungi untuk membuat pengecaman.

Katanya tiga lelaki berusia antara 44 dan 63 tahun, yang mempunyai talian saudara dan tinggal di rumah berkenaan, telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori