Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tanah Runtuh: 7 Terkorban...

JAKARTA - Bencana tanah runtuh di Bali, Indonesia pada Khamis mengorbankan tujuh orang...

Rosliza Gagal Perisytiharan Dirinya...

PUTRAJAYA - Seorang wanita yang mendakwa dilahirkan sebagai anak tak sah taraf kepada...

1,447 Kes Malaria, 7...

IPOH: Sebanyak tujuh kematian kes malaria dilaporkan Kementerian Kesihatan berlaku di seluruh negara...

Panda Zoo Negara Akan...

Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak...

Taman Tugu, Dataran Muzium Tambah Nilai Tapak Sejarah Negara

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan Taman Tugu dan Dataran Muzium yang akan diterajui Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bakal memberi nafas baharu dan menambah nilai kepada tapak sejarah negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek berkenaan mampu memelihara kawasan hijau di Kuala Lumpur, yang akan meningkatkan lagi aspek pelancongan.

“Kesenian, budaya dan warisan amatlah penting bagi kita, yang harus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.

“Saya berasa teruja dengan cadangan projek pembangunan Taman Tugu dan Dataran Muzium yang akan diterajui oleh Khazanah Nasional. Kedua-dua mercu tanda ini merupakan warisan sejarah penting untuk Malaysia,” katanya dalam catatan pada laman Facebooknya hari ini.


Najib berkata pengumuman dan pameran awam bagi projek itu akan diadakan tidak lama lagi.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa kedua-dua projek itu dianggarkan menelan belanja kira-kira RM1.1 bilion dengan Khazanah Nasional membiayai RM730 juta daripada kosnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori