Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lisa Surihani Pegang Gelaran...

LAMAN portal berita Mediacorp Singapura telah membuat satu survey bagi mencari siapakah selebriti...

Anak Tertolak Gear D,...

RASANYA, sudah banyak berlaku kemalangan melibatkan anak yang ditinggalkan seorang diri di dalam...

Malaysia Pun Bakal Ada...

KHAS buat peminat-peminat wanita yang meminati pemain bola sepak yang mempunyai paras wajah...

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor:...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menghadiri majlis...

Tambang Pengangkutan Awam Darat Tidak Dipengaruhi Minyak Mentah Dunia

BACHOK – Harga tambang pengangkutan awam darat terutama bas dan teksi tidak dipengaruhi oleh minyak mentah dunia walaupun harga komoditi tersebut menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata harga minyak mentah seperti petrol dan diesel hanya menyumbang sebanyak 10 peratus terhadap kos operasi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

“Ada elemen lain yang mempengaruhi kos operasi syarikat pengendali ketika ini seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap alat ganti kenderaan.

“Selain itu, syarikat juga berdepan kenaikan premium insurans dan kadar tukaran wang yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Perasmian Pejabat Urusan Ekspres Perdana dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembelian Bas antara Syarikat Tiara Pesona Sdn Bhd dengan Syarikat SCANIA Sdn Bhd, MAN Truck & Bus Malaysia dan RTG Intech Sdn Bhd di sini, hari ini.

Tiara Pesona diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Laili Ismail manakala SCANIA diwakili Pengurus Besar Idris Puteh, MAN diwakili Pengarah Urusannya Hartmut Mueller manakala RTG Intech diwakili Pengarah Urusannya Roslan Ramin.


Menerusi MoU itu, SCANIA akan membekalkan sebanyak 50 bas manakala MAN, empat bas kepada Tiara Pesona menjelang hujung tahun ini.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata walaupun berdepan rungutan pengguna berhubung soal tambang pengangkutan darat, namun masa sama pengguna mengakui mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik pada masa kini.

“Saya selalu jumpa pengguna dan pengguna kita adalah rasional. Dia (pengguna) merungut tapi dia tahu, dia mendapat perkhidmatan yang baik, dia dapat tiba dari satu destinasi satu destinasi yang lain dengan berasa selamat, lebih selesa, lebih mesra perkhidmatannya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori